Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM Wan Azizah Jumpa KWSP Penuhi Janji Ambil 2% Gaji Suami Dan RM50 Dari Kerajaan Untuk Para Isteri Suri Rumah Tangga... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM Wan Azizah Jumpa KWSP Penuhi Janji Ambil 2% Gaji Suami Dan RM50 Dari Kerajaan Untuk Para Isteri Suri Rumah Tangga...



Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.


"Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu.


Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.


Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

"Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik," katanya.-Bernama





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IK9O0s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.