Hi! Welcome Back and Stay Tune! John Terry tinggalkan Aston Villa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

John Terry tinggalkan Aston Villa

JOHN TERRY akan meninggalkan Aston Villa selepas hanya beraksi satu musim selepas mereka gagal melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris dari Liga Kejuaraan, demikian pengesahan daripada kelab itu.

Villa menandatangani Terry dari Chelsea, di mana lima gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa -- walaupun dia tidak bermain dalam perlawanan terakhir -- antara senarai pencapaiannya di Stamford Bridge.

Bekas kapten England itu memberi impak besar di Villa dengan mengetuai pasukan itu untuk menduduki tempat keempat dalam musim ini dan memperoleh tempat dalam play-off.

Dilaporkan satu tahun lanjutan diberikan kepada pemain pertahanan tengah itu jika Villa berjaya kembali ke Liga Perdana, tetapi kekalahan 1-0 kepada Fulham dalam perlawanan akhir menamatkan perancangan tersebut.

Kenyataan daripada pemilik kelab, Tony Xia, hari ini membayangkan perubahan yang berlaku, seperti yang dia katakan kepada penyokong Villa "akan menghadapi cabaran FFP (Fair Play Kewangan) pada musim depan".

Dan ia akan menyaksikan kejutan bahawa Terry, yang kontraknya dilaporkan bernilai £80,000 (RM424,000) setiap minggu, adalah pemain pertama akan keluar.



Sumber John Terry tinggalkan Aston Villa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sxscP1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.