Siar FIFA World Cup 2018 di RTM hanya menelan kos RM30 juta sahaja
Penyiaran perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM hanya membabitkan kos sebanyak RM30 juta sahaja, demikian kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor MalaysiaKini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memaklumkan kos penyiaran Piala Dunia 2018 itu melibatkan kos sebanyak RM40 juta dan akan mendedahkan butiran terperinci mengenainya hari ini.
"Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018. Tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta. Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," kata Guan Eng.
Sementara itu Gobind berkata, RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan terus bertambah serta butiran lanjut mengenai pihak penaja akan didedahkan pada sidang akhbar seterusnya.
Pihaknya juga telah mendapatkan hak penyiaran dari syarikat Sports and Media Distributo dan syarikat itu akan disemak jika ia terikat dengan stesen televisyen satelit, Astro.
Sumber Siar FIFA World Cup 2018 di RTM hanya menelan kos RM30 juta sahaja
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J2iShn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment