Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun M tiada bukti - Kata Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun M tiada bukti - Kata Najib

Tun M tiada bukti - Kata Najib. KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa beliau tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak.


Tun M tiada bukti - Kata Najib


Malah, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan daripada beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan dikeluarkan ke atas dirinya.

"Dr Mahathir juga mengakui bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

"Dr Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh," katanya dalam entri terbaharu beliau di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Hari ini, Dr Mahathir ketika bercakap pada majlis makan malam dengan diaspora Malaysia di Jepun berkata, percubaan terburu-buru untuk mendakwa Najib daripada skandal 1MDB mungkin akan membebaskannya.

"Ramai orang sedang menunggu...bila kami akan menangkap Najib. Tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.

"Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah," katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr Mahathir itu juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwanya pada 2015 adalah tidak benar.

"Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

"Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari 'bukti', sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

"Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah," katanya.

Beliau turut menegaskan anaknya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah 'supercar' bernilai berjuta ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Najib turut berkata, Dr Mahathir silap apabila mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

"Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka adalah dari sumber halal.

"Saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya," katanya. - BHonline


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tbZvri

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.