Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Menjaga Kecantikan Wajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Menjaga Kecantikan Wajah


Cara Menjaga Kecantikan Wajah. Kulit wajah yang cantik, mulus, tiada berjerawat dan berseri meruapakan dambaan kepada setiap golongan wanita tidak kira umur dan pangkat yang ada di atas muka bumi ini. 

Telah ramai yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata menginginkan kulit wajah yang cantik dan berseri. Ada juga yang sanggup membuat rawatan memasukkan kolagen di kulit wajah supaya tidak mahu nampak kedut dan kusam tidak bermaya. 

Namun, adakah semua mengerti bahawa kulit wajah amatlah senang dijaga jika kita tahu bagaimana hendak merawat dan memanjakan kulit wajah kita? Percayalah apa yang dikatakan oleh saya, dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tetapkan disiplin didalam diri, tidak sampai 2 bulan wajah anda akan menjadi secantik artis korea. 

Disini saya amat berbesar hati untuk berkongsi beberapa cara untuk menjaga kecantikan wajah anda secara alami.


1) Bersihkan Alat Solek Sebelum Tidur


Untuk mendapatkan kulit wajah yang licin tanpa dihinggapi jerawat, anda perlu membersihkan dahulu alat solek yang dipakai dengan sebersih-bersihnya. Saya sangat mengalakkan supaya anda menggunakan produk-produk pembersih yang khas untuk alat solekan supaya ianya mudah untuk ditanggalkan. 

Dengan produk ini, anda tidak perlu menyental sekuat-kuatnya pada kulit wajah anda. Dikhuatiri jika anda melakukannya hari-hari kulit wajah anda akan menjadi luka jika selalu disental. Anda boleh menggunakan Clean&Clear Makeup Remover atau yang lain-lain produk yang biasa anda gunakan untuk menanggalkan alat solek tersebut. 
Produk-produk seperti ini biasanya anda boleh mencarinya di Watson atau Guardian yang berdekatan dengan kawasan rumah anda. Lebih banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan. 

Kesan terhadap alat solek dibiarkan tidur semalam amat membahayakan. Ini kerana bahan-bahan alat solek mengandungi kimia dan bahan-bahan yang akan merosakkan kulit wajah anda. Jadi tunggu apa lagi? Segeralah bersihkan kulit wajah anda sebelum masuk tidur.


2) Menggunakan Bahan Semulajadi


Dengan menggunakan bahan tertentu sebagai masker sampingan anda akan mendapat kulit wajah yang berseri kenapa tidak mahu mencuba? Ada diantara kita yang menggunakan susu segar, yogurt asli, putih telur dan lain-lain bahan yang sesuai. 

Bagi anda yang berniat untuk memutihkan dan mencerahkan kulit anda, saya menyarankan anda untuk menggunakan susu segar dan yogurt asli untuk mendapatkan kesan yang anda inginkan. 

Jika anda hendak menggunakan putih telur sebagai masker anda pada waktu malam, anda boleh mengikut cara seperti ini. Pertama sekali, ambil sebiji telur lalu pecahkan dan masuk ke dalam mangkuk, asingkan pula telur yang berwarna kuning. Seterusnya, ambil tisu muka yang lembut lalu celup tisu tersebut kedalam mangkuk yang berisi telur dan ratakan di setiap permukaan tisu, lalu letakkan tisu tersebut diatas kulit wajah anda, lakukan perkara yang sama sehingga tisu tersebut memenuhi permukaan wajah anda dan biarkan selama 15 minit hingga ke 20 minit pada setiap malam sebelum masuk tidur.


3) Menukar Cadar dan Sarung Bantal


Kebersihan di bilik tidur juga haruslah dititikberatkan. Jika anda mempunyai masalah gatal -gatal pada kulit ataupun jerawat yang tumbuh secara meliar, segerakanlah diri untuk kerap menukar cadar dan sarung bantal yang anda gunakannya setiap hari. 

Ini kerana, pada cadar dan sarung bantal anda terdapat habuk atau hama yang sangat memberi kemudaratan kepada kulit yang sensitif. Habuk dan hama itu akan meresap masuk kedalam kulit wajah anda dan akan menimbulkan kesan negatif seperti contoh, ruam, gatal-gatal dan jerawat yang serius. 

Jika anda tiada masa untuk membasuh cadar dan sarung bantal anda setiap kali anda menukar, cukup dengan menjemur bantal -bantal anda diluar rumah sewaktu cahaya bersuhu panas. Kerana dengan cara ini, hama-hama yang terdapat pada sarung bantal dan bantal akan mati. 


4) Memakai Masker Tumbuh-tumbuhan


Seterusnya, jika anda mempunyai masalah wajah seperti kulit kering, berminyak atau masalah berjerawat yang teruk, saya mengalakkan anda untuk memakai masker untuk wajah anda. Jika anda mempunyai wang dan lebih yakin dengan produk-produk di luar sana, anda boleh membeli sahaja masker ini dengan harga yang sudah ditetapkan. 

Masker selalunya ada dijual di Watson, Guardian atau mana mana pasaraya besar. Anda pergi sahaja ke bahagian menjaga wajah, dan pilih sahaja masker yang sesuai dan apa yang diperlukan untuk wajah anda.

Jika anda malas untuk keluar rumah, atau mempunyai masalah kewangan jangan risau! Anda juga boleh memakai masker dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi. 

Tumbuhan semulajadi tersebut ialah seperti tomato, timun, lidah buaya, kunyit dan bermacam-macam lagi. 

Kesemua bahan-bahan diatas mampu memberikan kesan yang positif dan tidak akan memberikan kesan negatif kepada kulit wajah anda.

Jika anda hendak menggunakan tomato dan timun sebagai masker anda, saya amat galakkan kerana, tomato mempunyai vitamin C yang dapat meredakan keradangan kulit wajah anda. 

Cara-cara ialah dengan mengambil sebiji atau potong setengah tomato dan masukkan kedalam bekas. Tomato yang telah dipotong itu dilenyekkan dengan menggunakan sudu sehingga menjadi hancur. Anda boleh mencampurkan timun jika anda mahu, lalu letakkan bahan yang telah siap diatas setiap permukaan kulit wajah anda, selepas itu ambil 2 potong timun berbentuk bulat dan letakkannya diatas kelopak mata anda dan biarkan selama setengah jam. Timun di atas kelopak mata adalah bertujuan untuk mengurangkan keradangan pada mata. Ianya juga bertindak untuk mengurangkan suhu panas pada mata. 

Cuba anda mengamalkan masker tomato dan timun ini selama sebulan, anda pasti akan merasai kelainan pada wajah anda. Wajah anda akan bertambah berseri dan kulit wajah juga akan bertambah halus dari yang biasa. 


5) Jangan Kerap Menyentuh Wajah


Tahukah anda dengan mengelak jari jemari milik anda daripada menyentuh wajah anda, ianya dapat mengurangkan permasalahan kulit muka berjerawat, berminyak dan lain-lain lagi. 

Mengapa perbuatan seperti ini dilarang? Kerana jika anda hendak tahu, sebenarnya risiko kuman dan bakteria yang terdapat di jari jemari anda adalah sangat tinggi, dan ada juga diantaranya yang amat berbahaya untuk kulit wajah anda. 

Jika hendak menyentuh kulit wajah anda merupakan satu keperluan, seperti gatal atau kesakitan, saya amat menyarankan anda membasuh tangan anda terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan keradangan dan jerawat disekeliling wajah anda. 

Sebenarnya tidak terlalu sukar untuk menjaga kulit wajah anda daripada terkena permasalahan kulit. Anda tidak perlukan kos yang besar atau keluar negara untuk mendapatkan wajah seperti artis, cukuplah sekadar menjadi diri sendiri yang mempunyai kulit wajah yang bebas daripada permasalahan. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Ini Caranya..

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LiWyfG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.