Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Tiga Bulan, Akhirnya Musa Aman Kembali Ke Tanah Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Tiga Bulan, Akhirnya Musa Aman Kembali Ke Tanah Air

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang berada di United Kingdom (UK) untuk menerima rawatan kesihatan sudah kembali ke tanah air pada Selasa.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan perkara itu berkata, pesawat membawa Musa selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dari Seletar, Singapura, kira-kira pukul 6.45 petang Selasa.

“Pemeriksaan imigresen telah diberikan kepada beliau dan penumpang yang menaiki pesawat tersebut,” katanya.

Namun, Mustafar berkata Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan.

“Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen.

“Pemeriksaan dokumen Musa dan penumpang lain selesai lebih kurang pukul 7 petang Selasa,” katanya.

Menurut Mustafar, pihaknya sudah memaklumkan ketibaan Musa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.

“Tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas,” katanya.

Terdahulu, Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Sungai Sibuga sebelum 11 September ini atau mengosongkan kerusi itu.

Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan berkenaan seiring Perlembagaan Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.

DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu.

Musa dipercayai meninggalkan Malaysia pada 17 Mei untuk menerima rawatan kesihatan di UK.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wddteS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.