Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Jalin Kerjasama Dengan Grab Bagi Meningkatkan Simpanan Persaraan Pemandu Grab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Jalin Kerjasama Dengan Grab Bagi Meningkatkan Simpanan Persaraan Pemandu Grab

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Grab Malaysia bagi menggalakkan pemandu-pemandu Grab menyimpan untuk masa depan persaraan mereka melalui Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan), iaitu sebuah program simpanan persaraan sukarela dengan KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “Kami ingin menggalakkan komuniti pemandu Grab supaya mendaftar secara sukarela sebagai ahli KWSP dan menyimpan untuk persaraan mereka. KWSP merupakan pilihan simpanan yang selamat kepada ahli kami, berdasarkan rekod prestasi terbukti di mana kami berjaya memberikan pulangan yang mampan dan mengatasi kadar inflasi, sekaligus memelihara nilai simpanan ahli dalam jangka masa panjang.   

“Dengan mencarum kepada skim KWSP, pemandu Grab boleh menikmati pelbagai manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan mereka, pelepasan cukai, bantuan kematian, dan akses kepada Khidmat Nasihat Persaraan KWSP tanpa sebarang kos yang dikenakan. Di samping dividen tahunan dan pelbagai manfaat, Kerajaan akan menyumbang 15 peratus daripada jumlah caruman tahunan tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun sehingga tahun 2022 bagi ahli di bawah umur 55 tahun.”

i-Saraan, yang sebelum ini dikenali sebagai Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M), diwujudkan untuk membolehkan individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai gaji bulanan yang tetap, seperti pemandu teksi, peniaga kecil, petani, suri rumah dan pekerja bebas (freelancer) untuk mencarum ke dalam simpanan persaraan yang diuruskan oleh KWSP sambil menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP.

Berkuatkuasa 16 Ogos 2018, Grab juga akan memberikan sumbangan sebanyak lima (5) peratus ke atas jumlah yang dicarum oleh pemandu terpilih tertakluk kepada jumlah maksima iaitu RM80 setahun, sebagai tambahan insentif yang diberikan oleh Kerajaan.

Mengulas tentang kerjasama ini, Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata, “Kami berbesar hati atas kerjasama dengan KWSP dalam menyokong inisiatif Kerajaan bagi mewujudkan ekosistem perlindungan sosial yang lebih holistik, bermula dengan menjamin kesejahteraan persaraan komuniti pemandu Grab. Malah, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan komuniti pemandu Grab, 75 peratus daripada mereka yang diselidik telah menyatakan minat untuk membuat simpanan persaraan mereka secara khususnya melalui skim ini. Oleh itu, kami ingin menggalakkan mereka supaya membuat pilihan kewangan yang wajar dan memacu halatuju persaraan mereka.”

Statistik oleh Institute of Labour Market Information and Analysis (ILMIA) mendedahkan bahawa dari 22 juta rakyat Malaysia yang bekerja, seramai 7.1 juta mencarum secara aktif ke KWSP dan 1.7 juta dilindungi oleh skim pencen kerajaan. Jumlah 13.2 juta selebihnya merangkumi individu yang bekerja sendiri atau bekerja bebas (freelancers) yang tidak dilindungi oleh mana-mana program perlindungan sosial negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Saraan, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di 03-89226000 atau berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.

 

Keterangan gambar:  (Dari kiri ke kanan) Turut hadir pada majlis MoU termasuk Tunku Alizakri Alias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP; Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP; Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi KWSP; Rashid Shukor, Ketua Operasi Grab Malaysia; Zafrul Hashim, Naib Presiden, Hal Ehwal Undang-Undang dan Hal Ehwal Kerajaan Serantau di Grab; dan Tan Jiong Jian, Ketua Pembangunan Perniagaan di Grab Malaysia.

 Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tentang Grab

Grab ialah salah satu platform Dalam Talian ke Luar Talian (O2O) mudah alih pilihan utama di Asia Tenggara, yang menyediakan perkhidmatan harian yang paling penting kepada pengguna. Berulang-alik, makan, hantar barangan dan buat pembayaran dengan hanya satu e-dompet. Grab percaya bahawa setiap warga Asia Tenggara perlu menikmati sepenuhnya manfaat ekonomi digital, dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk menyediakan akses yang selamat serta berpatutan terhadap perkhidmatan pengangkutan, penghantaran barangan dan makanan, kewangan dan pembayaran mudah alih. Grab kini menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.grab.com



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vKpLv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.