Hi! Welcome Back and Stay Tune! Timbalan Perdana Menteri Lancar ‘Insentif Suri’ Di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Timbalan Perdana Menteri Lancar ‘Insentif Suri’ Di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menganjurkan Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di persidangan tersebut, Dato’ Seri Dr Wan Azizah juga telah melancarkan Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) bersama KWSP bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk menikmati keselamatan sosial yang berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “KWSP amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha murni ini kerana ia dapat melebarkan lagi jaringan perlindungan sosial kepada institusi keluarga.  Pelancaran hari ini diadakan serentak dengan persidangan tahun ini kerana kebanyakan apa yang akan dibincangkan dalam persidangan ini berkait rapat dengan inisiatif Kerajaan untuk menubuhkan ekosistem perlindungan sosial yang kukuh.

“i-Suri ini akan menjadi sebahagian daripada inisiatif caruman sukarela KWSP yang ditubuhkan untuk golongan yang bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap.  Insentif ini adalah selaras dengan fokus KWSP untuk mengurangkan jurang pendapatan dan keselamatan sosial, dan inisiatif oleh Kerajaan ini merupakan langkah positif ke arah itu.”

Semasa persidangan, KWSP mendedahkan bahawa sebanyak 62 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia adalah bekerja sendiri dan tidak dilindungi oleh mana-mana perlindungan sosial yang formal seperti KWSP atau skim pencen Kerajaan.

Bagi menggalakkan golongan yang tidak dilindungi oleh sistem perlindungan sosial yang formal untuk menabung demi masa depan persaraan mereka, KWSP telah memperkenalkan caruman sukarela yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.  Antaranya ialah Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) (sebelum ini dikenali sebagai Skim Persaraan 1Malaysia, atau SP1M) yang diperkenalkan pada tahun 2010 bagi menggalakkan golongan yang tiada pendapatan tetap seperti petani, pemandu teksi dan peniaga kecil untuk menyimpan untuk hari tua selain mendapat manfaat yang sama diterima oleh ahli KWSP.

Tan Sri Samsudin berkata caruman sukarela ini seharusnya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak dilindungi oleh skim perlindungan sosial yang formal untuk menyimpan untuk hari tua mereka.  “Ini sangat penting memandangkan lebih daripada 70 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya untuk kecemasan.”

Persidangan dua hari ini dianjurkan bersama Citi Malaysia, dan Nomura Asset Management Malaysia dan Nomura Securities Malaysia. Tan Sri Samsudin berkata kerjasama ini menyediakan peluang kepada KWSP untuk menyelami kepakaran mereka dalam memacu pertumbuhan dan kemakmuran global, di samping meningkatkan mutu kehidupan melalui pelaburan dan pengurusan kewangan, sejajar dengan mandat KWSP untuk memberikan pulangan terbaik ke atas simpanan persaraan 14 juta ahli KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia Lee Lung Nien berkata, “Misi Citi dalam menggalakkan pertumbuhan dan kemajuan adalah berteraskan janji kami kepada pelanggan bahawa di Citi, mereka mempunyai rakan yang boleh dipercayai untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan nasihat pelaburan demi masa depan. Kami menyampaikan penghargaan kepada KWSP dalam menganjurkan persidangan ini dan berbangga menjadi rakan kerjasama.

“Dalam menghadapi keadaan semasa yang tidak menentu, perlu adanya pelan keselamatan kewangan dan perlindungan sosial untuk setiap individu dan negara demi perkembangan economi yang mapan.  Sebagai institusi perbankan global yang ulung, Citi berhubung dengan jutaan individu di serata dunia dan membuka pelbagai peluang bagi memberi impak positif ke atas kewangan dan sosial selain memberi keutamaan kepada pelanggan kami.  Ini adalah langkah ke hadapan dan menyediakan kepimpinan melalui inovasi.”

Vikas Sharma, Ketua Asia ex-Jepun, Nomura, berkata, “Tema Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa tahun ini adalah selaras dengan falsafah korporat Kumpulan Nomura iaitu Menyediakan Hari Esok yang Lebih Baik (Delivering a Better Tomorrow). Berikutan perkembangan inovasi dan gangguan dalam industri perkhidmatan kewangan, amalan hari ini akan semakin dicabar dan kita harus selaras dengan perkembangan semasa.  Kerjasama bersama KWSP menerusi persidangan seperti ini akan memperkukuhkan komitmen untuk membangunkan ekonomi, memberi nilai tambah kepada masyarakat dan berusaha ke arah masa depan yang lebih baik.”

Barisan penceramah di persidangan tersebut adalah seperti berikut:

1.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

11.

Ras Adiba Radzi

Pembaca Berita dan Personaliti TV

2.

Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

12.

Yusuf Hashim

Jurugambar

Photosafariz

3.

Lee Lung Nien

Ketua Pegawai Eksekutif

Citi Malaysia

13.

David Price

Futurist & Senior Associate

Innovation Unit, London

4.

Vikas Sharma

Ketua Asia ex-Japan

Nomura

14.

Azrul Mohd Khalib

Ketua Pegawai Eksekutif

Galen Centre for Health and Social Policy

5.

Jim McCafferty

Ketua Penyelidikan Ekuiti, Asia ex-Japan Nomura

15.

Samuel Hanes

Pengarah

Behavioural Insight Team Singapore

6.

Professor Ian Goldin

Pengasas, Pengarah

Oxford Martin School, University of Oxford

16.

Tenzin Priyadarshi Rinpoche

Pengarah

Ethics Initiative at MIT Media Lab

7.

Professor Danny Quah

Dekan

Lee Kuan Yew School of Public Policy

National University Singapore

17.

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood

Penolong Ketua Setiausaha

International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC)

8.

Dato’ Dr Afifi al-Akiti

Felo

Oxford Centre for Islamic Studies

18.

Jon Duschinsky

Social Innovator, Pencipta ALS Ice Bucket Challenge

9.

Emily Esfahani Smith

Pengarang

The Power of Meaning

19.

Johan Merican

Timbalan Ketua Pengarah (Sumber Manusia)

Unit Perancang Ekonomi

10.

 

Alex Sheen

Pengasas

Because I Said I Would

 

 

 

Antara kertas yang dibentangkan pada persidangan tersebut adalah:

  • The Genius and Risks of the New Awakening;
  • Putting Spiritual Perspective into the Equation;
  • Creating a Life That Matters; and
  • Living Beyond Boundaries;
  • Healthy Citizen for a Healthy Nation; and
  • Social Well-being: What is missing?

Topik sesi perbincangan adalah:

  • A Better Life: Are we speaking the same language?
  • Leading a Life Worth Living
  • The Quest for a Better Tomorrow
  • A Happy Nation as an End?

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PuRqIm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.