Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengunduran Tok Pa Pengakhiran Bagi UMNO - Syed Saddiq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengunduran Tok Pa Pengakhiran Bagi UMNO - Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan.

Syed Saddiq berkata Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin Umno yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan anggota Parlimen Jeli itu.

"Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara telah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan.

"Apabila mendengar beliau keluar Umno, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada Umno…kehilangan orang macam beliau (Mustapa) sesuatu yang besar kepada Umno," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara empat pendebat dalam siri debat umum bulanan dikenali "Re:Action-Youth Engaged' anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan di universiti berkenaan, malam ini.



Tiga yang lain ialah pendebat terbaik Asia 2018, Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhir; pelajar kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Kishen Sivabalan dan pelajar tingkatan empat Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Atiyah Khairuddin.

Mustapa dalam satu kenyataan hari ini mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Beliau mengambil keputusan itu setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju Umno dan Barisan Nasional serta masa depan negara.

Ditanya sama ada Bersatu mengalu-alukan Mustapa menyertai parti itu, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

"Saya berharap Tok Pa bersama kita untuk masa depan rakyat Malaysia kerana beliau pemimpin yang sangat bagus, tapi sekiranya tidak bersama, saya tetap akan hormati beliau," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program debat ini, Syed Saddiq menyifatkan program tersebut berjaya kerana perbincangan dan pengucapan awam mengenai isu-isu semasa dibincangkan secara umum oleh golongan muda.

“Saya berpandangan kejayaan hari ini akan disusuli dengan lebih banyak perbincangan formal, akan ada perbincangan yang lebih rancak di media sosial dan juga media arus perdana termasuk televisyen dan radio,” katanya. - BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2plEn0h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.