Hi! Welcome Back and Stay Tune! Safiey Ilias Luahkan Sesuatu Yang Semua Tidak Tahu Tentang Ayah Dia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Safiey Ilias Luahkan Sesuatu Yang Semua Tidak Tahu Tentang Ayah Dia

  • Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Siapa tidak kenal Safiey Ilias, nama yang semakin melonjak naik baru baru ini tetapi naik diatas beberapa kontroversi. Beliau boleh dikatakan dikecam hari hari oleh netizen. Tetapi adakah anda kenal siapa Safiey Ilias sebenarnya?

  • Kisah Hidup Safiey Ilias

Safiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick.

Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK).

Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah.

Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC. Rasa jealous sangat masa tu. Disebabkan desakan nak juga hidup senang sedikit seperti kawan lain di samping untuk tak menyusahkan mak ayah, saya mula buat bisnes dari asrama sekolah.

Beliau seterusnya mulakan bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship untuk produk kecantikan seperti suntikan pemutihan kulit dan pil jerawat. Satu kotak produk dapat menjana keuntungan margin yang tinggi iaitu RM50 hingga RM200. Beliau seperti tidak percaya ada pelanggan wanita yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli produk kecantikan itu walaupun harganya agak mahal. Mungkin kurang persaingan pada waktu itu.

  • Ustaz Ebit Lew Berjumpa Safiey Ilias

Setelah Safiey Ilias dan Ustaz Ebit Lew merancang selama berbulan bulan dan selalunya tidak jadi akhirnya mereka bertemu. Di dalam Live Facebook, ustaz ebit lew memberi nasihat kepada Safiey ilias dan kelihatan Safiey Ilias menangis.

Selepas pertemuan itu Safiey Ilias memuat naik satu posting di instagram beliau mengenai apa yang terjadi sebenarnya selepas dia membuat keputusan untuk menjadi perempuan. Kisah ini tidak pernah diceritakan sebelum ini.

  • Ayah Mula Solat

Dulu ayah syinta tak solat . Zaman muda2 . Lepastu bila syinta jadi mak nyah lepas SPM , ayah start jaga solat . Ayah selalu ckp “awk pandai mengaji apit , mengajilah selalu.. ayah dulu susah masa kecik umur 9 tahun dah keje menoreh getah . Tak sempat nk belaja baca al quran .

Atok nenek awk orang susah” . Bila syinta berubah balik , syinta perasan ayah selalu pergi solat jemaah dkt masjid . Mungkin dia tengah usaha untuk dekat dgn Allah supaya syinta diberi hidayah semula . Dulu tak pandai tahajjud , masa syinta hijrah dulu syinta sempat doa masa keluar dakwah 3 hari “kau berilah rasa , nikmat dan kefahaman iman kepada seluruh keluargaku..” Doa masa keluar dakwah ni makbul sgt2 tau . Siapa pernah keluar dakwah jalan Allah dia tahu mustajabnya doa tu

Ini adalah nukilan dari Safiey Ilias sendiri di Instagram rasmi beliau. Marilah kita mendoakan beliau supaya mendapat hidayah.

  • Video penuh pertemuan Safiey dan Ebit Lew :

  • By: KL VIRAL


✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DAIOOG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.