Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPORE Mikrogrid Taruhan Schneider Bagi Melestarikan Penjanaan Kuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPORE Mikrogrid Taruhan Schneider Bagi Melestarikan Penjanaan Kuasa

Berpusat di Pulau Semakau, Singapura yang menjadi landasan ujian bagi syarikat multinasional Perancis, Schneider Electric. Gandingan kerjasama telah dilakukan dengan Engie dan Universiti Teknologi Nanyang bagi menguji teknologi baru yang digelar sebagai Sustainable Powering of Off-Grid Region (SPORE). SPORE, sebuah projek penyelidikan mikrogid yang menempatkan rumah turbin angin paling tinggi di Singapura, panel PV (fotovoltan), penyimpanan bateri dan sistem hidrogen canggih.

Mikrogrid adalah sebahagian daripada inisiatif REIDS (Renewable Energy Integration Demonstrator in Singapore) yang diketuai oleh Institut Penyelidikan Tenaga di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan dengan kerjasama EDB (Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura) dan NEA (Agensi Alam Sekitar Kebangsaan). Projek ini berfungsi menyalurkan tenaga hijau serta pengurangan bagi kadar kos efektif untuk kawasan luar grid.

Projek ini telah bermula pada tahun 2016, ia dapat dilihat mengfokuskan kepada pembinaan grid kuasa kecil yang mandiri untuk menunjukkan kegunaan gas hidrogen dalam menukarkan kuasa sementara dari tenaga yang boleh diperbaharui seperti panel solar dan turbin angin ke bahan api yang disimpan yang boleh menjana kuasa elektrik selama beberapa hari bahkan kepada jangkaan masa bulanan.

Bersama Soni Wibisono – Pengurus Projek Schneider Electric Asia Tenggara, Francois Guillaume – Pembangun Microgrid Serantau Schneider Electric di tapak projek menyatakan pelaksanaan ini masih berada pada fasa percubaan dan mereka beranggapan ia akan mula dilancarkan pada bulan Jun 2019 ini. Soni turut berkongsikan fokus utama penyelidikan adalah memberi tumpuan kepada pengawal mikrogrid, algoritma. Melalui fokus ini, algoritma yang canggih dapat mengekalkan tekanan kuasa apabila ia disambungkan pada sumber grid lain.

Malah, mereka turut menekankan visi pada projek ini adalah untuk mengurangkan kadar karbon dan meningkatkan bekalan kuasa. Sistem ini sama sekali tidak memerlukan penggunaan penjana diesel konvensional bagi kuasa elektrik kerana ia berfungsi untuk meyimpan bekalan tenaga dalam bateri apabila ia disalurkan pada pengawal pintar grid kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DwiLrI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.