Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 ‘checklist’ penting sebelum beli kondo pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 ‘checklist’ penting sebelum beli kondo pertama

Sekarang ni, cukup susah nak cari rumah pada harga yang murah. Kalau ada pun, rata-rata pasti bermula pada harga RM300,000 ke atas.

Generasi Y (Gen-Y) adalah golongan yang paling terkesan. Niat nak beli rumah pertama, terbantut sebab ramai yang tak mampu dari segi kewangan.

Sebab rumah tak murah, penting untuk tahu mana satu rumah yang terbaik untuk kita beli. Korang tak nak menyesal kemudian hari lepas bayar down payment atau booking nanti.

Jadi, apa kriteria yang menentukan sesebuah hartanah itu berbaloi untuk dibeli?

Kalau korang serius nak tahu, jemput hadamkan perkongsian Tok hari ni. Perkongsian ni, ringan je. Tak berat dan makan banyak masa korang pun.

#1: Pemandangan sekitar rumah yang menawan mata

Ini perkongsian ilmu menarik yang Tok baca dekat The Star Online.

Pasti korang dah bosan dengar ayat ni berulang kali:

“Tanggapan pertama adalah penting” (First impression is important)

Biasanya, kita gunakan perumpamaan ini pada manusia. Tapi kat hartanah pun, boleh diguna pakai jugak. Kalau nak beli sesebuah hartanah, pastikan korang tertarik pada pandangan pertama (ewah!).

Pemandangan sekitar hartanah yang indah beserta elemen yang ‘ada kelas’ (classy) dan mewah, akan berikan tanggapan yang baik dan positif pada mata bakal pembeli.

Kalau korang sendiri tak suka hartanah tu, apa yang akan buatkan pembeli lain suka bila korang nak jual nanti?

#2: Pintu gerbang masuk kondo yang ‘wow!’

Tip ke-2 ini, berkait rapat dengan tip pertama tadi.

Sekarang ni, bukan hartanah kondominium high-end (mewah) saja yang lengkap dengan pintu gerbang dan kawasan lobi yang menarik.

Hari ini, kebanyakan pemaju mengambil kira perkara ini, tak kira apa pun jenis pembangunan kediaman yang mereka terajui. Ini berita baik buat pembeli yang ingin membeli kondominium jenis medium cost (kos sederhana).

Pembangunan yang lengkap dengan 2 perkara ini, senang mendapat tempat di hati bakal pembeli. Ini akan menambah nilai intrinsik dan ekstrinsik yang luar biasa kepada kondominium yang mereka bina.

Tambahan pula, pembeli secara langung akan merasa dihargai sebab pemaju sanggup bersusah-payah sediakan 2 perkara ekstra ini kepada mereka.

#3: Reka bentuk tempat letak kereta yang baik

Adakah korang ‘angin’ dengan rekaan tempat letak kereta (parking) yang sempit?

Tok yakin, siapa pun pun tak suka berdepan dengan masalah ni. Lagi-lagi, kalau korang gunakan kenderaan jenis trak atau MPV (Multi-Purpose Vehicle).

Untuk kemudahan sejagat, reka bentuk tempat letak kereta wajib direka dengan baik untuk kemudahan penduduk kondominium.

Sesetengah kondominium lama menggunkana tempat letak kereta bertingkat (multi-storey) atau jenis spiral berbilang tingkat (spiral multi-storey). Ini bukan pilihan yang terbaik, sebab ruang memandu yang ada agak sempit.

Tempat letak kereta bawah tanah (basement carpark) adalah yang terbaik, dan reka bentuk ruang memandu yang luas akan membantu penduduk kondo untuk parking dengan selesa.

Setiap tempat letak kereta haruslah berukuran 3.5 meter (ketinggian) dan 2.5 meter X 5 meter untuk saiz kotak tempat letak kereta. Dengan saiz ini, lori bersaiz kecil pun boleh parking tanpa sebarang masalah.

Selain tu jugak, tempat letak kereta perlukan pencahayaan yang mencukupi. Ini untuk memastikan kawasan tersebut selamat untuk penduduk berjalan pergi dan balik dari kereta mereka.

#4: Lif dan kawasan lobi yang mewah

Kalau korang jenis yang takut naik lif yang sempit, besar kemungkinan korang takkan pilih untuk tinggal di kondominium.

Walaupun kebanyakan pemaju tak berikan sepenuh perhatian kat perkara ni, reka bentuk lif yang mewah (seperti lif yang ada dekat hotel) akan berikan lebih nilai kepada penduduk di situ.

Selain reka bentuk, faktor sekuriti jugak perlu tip-top. Untuk keselamatan penduduk situ, pemaju boleh pasang sistem sekuriti seperti kad akses dan sebagainya.

Tempat menunggu (kawasan lobi) jugak sama penting untuk diberikan perhatian secukupnya.

Kalau tempat tu (lobi) tak cukup pencahayaan di tambah pulak dengan reka bentuk yang membosankan, orang yang menunggu takkan rasa selesa. Kalau sebaliknya, orang tak kisah nak tunggu lama dekat lobi tu.

#5: Ruang koridor yang selesa dan luas

Ruang koridor yang sempit pasti akan buatkan penduduk rasa kurang selesa. Ruang koridor pada kondominium yang dibina hari ini, wajib luas, siap dengan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Pendek kata, pemaju harus pastikan ruang ini cukup selesa untuk kegunaan penduduk pada setiap hari, setiap masa.

#6: Reka bentuk rumah (layout) yang cukup praktikal

Mungkin ramai yang tak perasan benda ni. Tapi kediaman kondominium yang baik, mempunyai reka bentuk rumah (layout) yang cukup luas.

Jarak antara 2 bangunan kediaman, haruslah dalam sekitar 120 kaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan penduduk rasa ‘sesak’ (claustrophobic) dan berada dalam kediaman berkepadatan tinggi (high density).

#7: Kemudahan dan fasiliti yang pelbagai

Kalau kondominium itu ada ruang terbuka (open space) yang luas, ini akan jadi salah satu faktor yang akan meningkatkan nilai kediaman tersebut.

Dengan ruang terbuka yang besar, pemaju boleh sediakan kemudahan tambahan seperti trek joging atau basikal. Jadi, penduduk kondo tersebut tak perlu keluar dari kawasan kondo untuk beriadah bersama keluarga.

Korang boleh periksa master floorplan untuk lihat kemudahan dan fasiliti yang sesebuah kondominium itu tawarkan.

Sebelum membeli, baik korang perhatikan balik senarai yang Tok kongsikan tadi. Bukan apa, Tok tak nak korang tanggung rugi bila tersalah beli.

Lagipun, rata-rata orang mencari rumah yang lengkap dengan semua ciri-ciri ni.

Tapi apa pun, ukur poket sendiri. Biasanya rumah macam ni, harga boleh tahan. Tapi kalau mampu, tak salah pun beli. Ha, korang fikir sendiri.

The post 7 ‘checklist’ penting sebelum beli kondo pertama appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xZa2Jz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.