Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Windows 10 Melaporkan Fail-Fail Dipadamkan Selepas Mengemaskini Sistem Operasi Ke October Update - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Windows 10 Melaporkan Fail-Fail Dipadamkan Selepas Mengemaskini Sistem Operasi Ke October Update

Kemaskini sistem operasi Windows 10 October Update memperlihatkan pelbagai ciri-ciri baru yang menarik, tetapi satu “ciri” yang tidak disangka pengguna ialah kemaskini tersebut memadamkan fail-fail didalam folder My Documents dan My Pictures selepas kemaskini tersebut dipasangkan.

Menurut laporan MSPowerUser, terdapat ramai pengguna yang melaporkan bahawa perkara tersebut berlaku kepada fail-fail mereka selepas mereka mengemaskini Windows 10 ke versi terbaru.

Melihat kepada laporan-laporan pengguna, nampaknya masalah ini berlaku kepada pengguna-pengguna yang menyambungkan ciri simpanan awanan One Drive kepada folder-folder tersebut. Ia dikatakan bahawa fail-fail yang disimpan di dalam folder My Documents dan My Pictures akan dipadamkan tanpa amaran apabila kemaskini October Update tersebut dipasang.

Apa yang lebih teruk lagi ialah jika anda kembali kepada versi Windows 10 sebelum ini, fail-fail tersebut masih terpadam, dan terdapat kebarangkalian bahawa ia tidak boleh dikembalikan.

Akan tetapi, MSPowerUser melaporkan lagi bahawa terdapat satu penyelesaian jika anda menghadapi masalah ini, iaitu untuk menggunakan perisian pemulihan data Piriform Recuva yang boleh dimuat-turun secara percuma.

Mereka turut menyarankan anda tidak kembali ke versi Windows 10 sebelum ini, kerana ini mungkin akan memadamkan data anda secara kekal.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BZRzzB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.