Hi! Welcome Back and Stay Tune! TIME Dijangka Menawarkan 100Mbps Pada RM99 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM199 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TIME Dijangka Menawarkan 100Mbps Pada RM99 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM199

TIME semalam telah hadir dengan sebuah gambar acah untuk suatu pengumuman baru yang misteri – dimana dijangka lebih memfokuskan kepada pakej 1Gbps terbaru mereka.

Time Tunggu Internet

Lanjutan daripadanya, kini kami menerima gambar tertiris untuk pakej baru mereka. Melaluinya, TIME dilihat akan menawarkan tiga pakej sahaja selepas ini, iaitu 100Mbps, 500Mbps dan juga 1Gbps.

Menariknya, harga yang ditawarkan TIME akan menjadi yang terendah berbanding penyedia lain, dimana pakej 100Mbps pada harga langganan bulanan RM99, 500Mbps pada harga RM139, dan 1Gbps pada harga langganan RM199. Pengguna juga dijangka akan diberikan pilihan untuk menambah pelan panggilan, selain mungkin TIME akan turut membolehkan pengguna turun-taraf pakej sedia ada dan menjimatkan harga langganan bulanan anda.

100Mbps – RM99 sebulan
500Mbps – RM139 sebulan
1Gbps – RM199 sebulan

Buat masa ini, harga tertiris ini masih belum diumumkan secara rasminya lagi – dan mungkin hanya akan diketahui secara rasminya melalui pengumuman TIME esok, 7 Oktober 2018.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OF6plA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.