Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12 sebab Kenapa Anda tak perlu Takut untuk Bersalin di Hospital Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12 sebab Kenapa Anda tak perlu Takut untuk Bersalin di Hospital Kerajaan

Artikel ini dihantar kepada tambahcheese team oleh seorang doktor bahagian pakar sakit puan dari sebuah hospital di Kedah. Nama dan no pendaftaran rasmi doktor itu dirahsiakan.

Zaman sekarang ni nak bersalin di swasta mahal .. bersalin biasa harganya 5-6 ribu ringgit , jika bersalin secara caesar harganya rm 10 ribu .. dgn cukai cukai baru dan gaji yang tak naik , tak semua orang mampu bersalin di swasta.

Dengar khabar pula hospital kerajaan tu geli, misi garang , tunggu lama , makan tak sedap, lepastu dr pelatih cek kita seolah olah kita bahan eksperimen, malu betul!

1. Bersalin ni bukannnya boleh dirancang. Kita bajet 5 k je nak bersalin di swasta , tiba tiba baby lemas kena bersalin caesar secara kecemasan , kan dah kena 10 ribu tu. Bersalin kecemasan pula kena bawa keluar baby dlm masa 15 minit takut baby jadi cacat kalau tak dpt oksigen lama lama. So kalau pakar dah decide kita bersalin secara caesar xboleh nak request bersalin tempat lain dah! Dah tak sempat :p
2. Doktor kerajaan sebenarnya takutkan kes perempuan mengandung! Kes saman banyak dari kes perempuan mengandung, so kalau dr buat silap, saman kita ke atas dr itu akan menolak 10% dari gaji dr itu setiap bulan, kalau dia kalah kes itu di mahkamah. Siapa yang nak kena potong gaji kan! Jadi dr sakit puan amat berhati hati melihat kes dia , takut disaman. Kadang kadang kalau nak jadi cerita tu dah hati hati macam mana pun akan jadi , tak kira la kita beranak di mana pun. Satu kes itu akan dilihat oleh pakar sekurang kurang nya sekali sehari , jadi perkembangan kes anda akan dipantau oleh pakar bertauliah.
3. Anda boleh request dr perempuan , anda juga boleh request dr senior saja melihat kes anda. Di dewan bersalin kes kes yg diminta dihadiri oleh dr perempuan akan ditarik tirainya, dr lelaki tidak akan masuk ke bilik anda. Kecualilah kalau semua dr yang bertugas oncall pada hari itu dr lelaki, itu memang tak dapat request lah, tetapi sekurang2nya anda akan dapat request dr pelatih tidak melihat kes anda kerana medical officer ( doktor senior ) akan ada sepanjang masa di hospital.
4. Suami pesakit lain tidak dapat melihat aurat anda. Bila seorang suami datang menemani isterinya , staff nurse akan menjerit menutup tirai tirai pesakit selain dari pesakit yang dilawati. Anda takkan dapat tengok isteri orang yang tengah meneran dan orang lain juga takkan tengok isteri awak. Bukan itu saja tukang sapu lelaki juga dikawal dari melihat aurat ibu ibu bersalin. Nurse yang garang itulah akan berjuang memelihara maruah anda


5. Suami dapat menemani anda pada waktu bayi betul betul nak keluar. Jika proses bersalin anda normal tanpa insiden bayi lemas, suami dibenarkan menunggu di waktu bayi sudah nampak di hujung rahim anda. Dia cuma perlu sains dan isi beberapa borang. Tetapi jika proses beranak melibatkan kecemasan bayi, anda akan diminta meninggalkan bilik itu serta merta. Anda tidak dibenarkan melihat proses mengeluarkan bayi dengan cara vacuum forceps dan pembedahan caesar, bimbang anda tak biasa dan trauma pula melihat proses itu.
6. Sebarang keluhan anda dicacat dan akan diambil perhatian sampai ke tahap pakar. Kalau pening kepala sesak nafas jantung berdegup laju, bagitahu saja pada nurse dan doktor terdekat, jangan takut. Kalau senyap saja dan tak mengadu sakit di hospital kerajaan, kalau jadi benda benda buruk pada anda dan bayi, doktor pun akan terselamat dari saman kerana aduan anda tak direkod kerana anda tak mengadu pada doktor. Mereka pun orang juga , bukannya tok bomoh yang boleh baca hati orang.


7. Doktor yang melihat anda di sepanjang proses kehamilan sampai ke saat bayi keluar akan direkod setiap keputusan dia dan rekod akan disimpan sampai usia anak anda 18 tahun. Anda juga boleh menyaman doktor itu hingga ke usia anak anda 18 tahun jika tak berpuas hati dengan tahap kesihatan anak awak yang ada kaitannya dengan keputusan doktor.


8. Bagi setiap kes ibu dan anak mati di hospital kerajaan, doktor yang terlibat akan dihadapkan ke Putrajaya untuk menjawab tindakannya. Ini tambah kualiti pada servis hospital kerajaan. Tidak ada seorang pun staff kkm berani cari pasal dengan kes ibu mengandung.
9. Anak anda akan dicek terus oleh doktor yang bertauliah dan akan dirujuk ke pakar kanak kanak jika bermasalah. Emak pun kerajaan jaga, anak lagila mereka jaga.anak juga akan diperiksa darahnya untuk mencegah penyakit hypothyroid dan g6pd pada saat pertama kelahirannya.


10. Makan tak sedap itu tahan la sikt. Makanan yang betul betul sihat takkan berasa sedapnya seperti yang kita buat di rumah. Gula dan garam akan dikurangkan dalam diet anda, nak makan sedap jangan makan di hospital, bab ini saja kena tahan sikit . Yang ini admin pun tak boleh nak bela.
11. Follow up percuma di klinik pakar. Setiap kes yang bermasalah akan mendapat follow up percuma di klinik pakar kerajaan , kalau kat swasta sekali jumpa dr pakar , rm 120+ di klinik pakar, padahal dr pakar kerajaan dengan swasta kebanyakannya orang yang sama.
12     . Jika ada doktor Islam , anak anda akan diazankan walaupun ketika keluar secara pembedahan. Pakar bedah biasanya akan melaungkan azan di dewan bedah sejurus saja keluar anak dari perut ibu. Tetapi jika anak anda hanya bersalin secara normal ada kemungkinan bayi anda tidak diazan, tanyalah doktor muslim sekiranya anda nampak keadaan terlalu sibuk pada ketika itu, mereka akan bantu mengazankan bayi anda walaupun doktor itu doktor wanita.

The post 12 sebab Kenapa Anda tak perlu Takut untuk Bersalin di Hospital Kerajaan appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FrzYUe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.