Imam Masjid Dedah Persitiwa ANEH Ma yat Jutawan Sensasi Shah Alam Berubah Jadi Ba bi!
Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2 mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu.
Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan dari Shah ALam, dekat sini telah berubah rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam menghembuskan nafas terakhir. Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri ), di sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian aneh itu berkata ia disaksikannya sendiri tahun lalu.
“Pada hari itu kirakira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan talipon daripada seorang lelaki meminta bantuan untuk mengendalikan mayat seorang ahli perniagaan di Shah Alam. Oleh kerana jarak yang agak jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki tersebut, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh menguruskannya?” Lelaki itu , kata Kamal bagaimana pun memintanya datang ke kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di kawasan perumahan elit dgn segera. “Oleh kerana dia hampir mendesak, saya pun bergegas ke rumah lelaki itu seorang diri dengan menaiki van masjid. Saya sampai di sana kirakira setengah jam kemudian,” katanya.
Menurut Kamal yg ditemui di rumahnya di Seksyen 10, di sini, minggu lalu, dia disambut oleh seorang lelaki tua yang pada mulanya disangka ayah simati. “Lelaki itu menjelaskan kpd saya dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam rumah itu pada masa itu,” katanya.
Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut ke mana menghilangnya anggota keluarga simati. “Saya diberitahu anakanak simati telah pun pulang ke rumah masingmasing menjelang waktu maghrib sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.
“Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porakperanda jika begitu sikap anakanak si mati pada hari kematian ayah mereka,” tambahnya. Dia yang berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak menuntut di University AlAzhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta izin untuk melihat mayat berkenaan.
“Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa melihat mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50an yg tubuhnya agak sasa terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta kain kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan tubuh si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. “Takkan kain nak tutup mayat pun tidak ada,” katanya.
Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab suci AlQuran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu Subuh. “Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran.” “Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu menguruskannya seorang diri,” ujarnya.
Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiapsiap hendak keluar ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah berlaku. “Saya ternampak seolaholah ada benda sedang bergerak di bawah kain yg menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak berani, ujarnya.
Selang kirakira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah kain itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut. “Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi) hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah,” katanya.
Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya terasa begitu lemah. “Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan andaian sebagai punca kejadian itu,” katanya.
Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh korporat itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun bercampur gaul dengan jemaah ‘rumah Allah’ itu malahan bersikap anti kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.
“Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab yang menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir,” katanya lagi. Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap manusia.
“Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat). Nak pegang pun tak boleh…,” tegasnya. Kalau setakat separuh manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang patut,” tambahnya.
Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersamasama tukang kebun itu kemudian menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang rumah. “Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana yang biasa dilakukan orang terhadap bangkai binatang,” ujarnya. ( Petikan: Mingguan Warta Perdana )
Perhatikan suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2 mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la yg melayu suka dengar. Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan damansara bertukar menjadi babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya oleh seorang ustaz tu… bila ditanya balik ada tak ustaz lapor polis sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang hilang tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis ‘ustaz jadian’ jaja cerita utk penyedap isi ceramah.
sumber : buletinmedia
The post Imam Masjid Dedah Persitiwa ANEH Ma yat Jutawan Sensasi Shah Alam Berubah Jadi Ba bi! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FpKGL9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment