IDC – Samsung, Huawei Dan Apple Adalah Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Suku Ketiga 2018
Pengeluar peranti mula mengeluarkan laporan jualan suku ketiga 2018 mereka minggu lalu. Berita buruk untuk semua ialah pengeluaran peranti merosot 3% berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini adalah mengikut laporan terkini IDC. Samsung masih di tangga pertama dengan 20.3% diikuti oleh Huawei (14.6%), Apple (13.2%), Xiaomi (9.7%) dan Oppo (8.4%).
Merisaukan bagi Samsung ialah penyusutan pengeluaran sebanyak 13.4% berbanding suku yang sama tahun lalu. Samsung dan Oppo adalah dua syarikat di dalam kelompok lima pengeluar terbesar yang mencatatkan pertumbuhan negatif. Huawei menunjukkan peningkatan agresif 32.9% diikuti oleh Xiaomi (21.2%) dan Apple (0.5%). Pasaran telefon pintar mungkin menurun tetapi pengeluar dari China semakin mendominasi pasaran dipercayai kerana penawaran harga yang kompetitif.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QlKk9u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment