Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Penjajah British yang Takut Terketar-ketar dengan Wali Melayu ,Habib Nuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Penjajah British yang Takut Terketar-ketar dengan Wali Melayu ,Habib Nuh

Gabenor British  John Crawford yang tinggi 2 Meter yang diiringi pengawal bersenjata api pun takut dengan Habib Nuh yang hanya bawa tasbih kayu sahaja ni. Kalau kita fikir memang tak logik!

KISAH HABIB NOH DAN RESIDEN JOHN CRAWFORD DI SINGAPURA Habib Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habsyi telah berhijrah ke Singapura pada sekitar tahun 1819 atas undangan Habib Salim bin Abdullah Ba Sumayr. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Usianya sewaktu tiba di Singapura adalah sekitar tiga puluhan tahun.

Sekembalinya Raffles pada tahun 1822 , dia telah melantik seorang residen baru menggantikan Kolonel William Farquhar. Residen inilah yang telah membenihkan Treaty of Friendship and Alliance of 1824. Melalui perjanjian ini Kompeni Hindia Timur menguasai Singapura apabila Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman dipaksa menjualnya pada 1824 kerana hutang pada Kompeni yang terlalu banyak. Inggeris datang dengan segala kelengkapan tentera sekitar 1831. Residen Dr John Crawfurd merupakan seorang yang licik dan sombong. Beliau pernah menghina dan memberikan tekanan hebat ke atas Sultan Hussein hingga beliau membawa diri ke Melaka. Seluruh pulau Singapura terpaksa menghormati dan akur akan kekuasaan Kompeni Hindia Timur.Habib Nuh bersikap tidak menghormati manusia yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Namun ,Habib Nuh tidak sedikit pun gentar atau menghormati kepada wakil penjajah itu.

Suatu ketika, Residen sedang dalam perjalanan menaiki kereta kudanya dan terserempak dengan Habib Noh . Residen Crawfurd amat marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Di saat itu juga kereta kuda yang dinaiki residen seakan terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Residen Crawfurd berang dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya.

“Tahukah tuan Residen siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Residen menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Residen yang angkuh itu menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu Residen Crawfurd sedar betapa yang Habib Noh ini bukan calang-calang orang.

Namun, pada satu ketika Residen Dr Crawfurd terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di kurungan untuk orang gila di Pulau St Johns . Tangan dan kaki Habib Noh dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana Habib Noh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang angkuh lagi bongkak. Anehnya, para pengawal kemudian melihat Habib Noh berjalan sekitar Singapura. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya .

Akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

The post Kisah Penjajah British yang Takut Terketar-ketar dengan Wali Melayu ,Habib Nuh appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Adge0V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.