Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pujian Arwah Tuan Guru Nik Aziz pada Tun Mahathir yang amat Menyentuh Hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pujian Arwah Tuan Guru Nik Aziz pada Tun Mahathir yang amat Menyentuh Hati

Macamana Arwah lawan dalam politik dengan pun Tun M dulu , Arwah tetap respek dengan keberanian Tun lawan Yahudi di waktu satu dunia membisu bila US nak serang Afganistan. Al Fatihah TGNA.

Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad sewaktu memegang jawatan perdana menteri dahulu.

“Dulu Tun (Tun Mahathir) dan ayahanda ada berbeza pendapat. Bila ada wartawan tanya, Tok Guru akan puji Tun.

“Tun ini pemimpin… perdana menteri yang ada kebijaksanaan. Tun ini pemimpin hebat, dihormati rakan seluruh dunia dan Asia, pandu negara ke arah yang lebih baik. Sekarang ini ambo nak kata Tun bersama Pakatan Harapan ingin bina negara yang lebih baik,” katanya dalam ceramah kebangkitan rakyat, di sini, malam ini.

Dengar sendiri pujian arwah TGNA pada Tun M dalam ucapan rasminya.

 

“Alhamdulillah. Saya perlu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas keberanian Tun menyuarakan pendirian tegas yang mewakili hati nurani masyarakat Islam mengenai kebiadaban Blair dan Bush serta poket beliau di benua Australia yang diwakili oleh John Howard ke atas tragedi yang menimpa bumi Iraq. Jika di Daffour dan Chad mereka boleh bercakap mengenai mesej kemanusiaan sepenuh mulut, mereka juga harus konsisten ke atas pembunuhan 500,000 kanak-kanak di kota Baghdad. Jika mereka boleh menjadikan isu WMD (senjata pemusnah massa) Saddam sebagai alasan untuk menyerang Iraq, mereka juga harus menghantar skuadron pengebom udara untuk meleburkan Pyongyang. Anehnya, walaupun telah gagal membuktikan Saddam dengan tuduhan memiliki industri nuklear, bumi anbia itu masih terus diganyang.

“Seperti yang diletakkan oleh Tun selantang-lantangnya, tidak salah lagi yang Bush, Blair dan sekutunya perlu dihukum melalui satu tribunal. Setelah disabitkan kesalahannya, mereka layak dihambat dari empat penjuru alam walau di mana. Mereka wajib menanggung malu, dilabelkan oleh buku-buku sejarah sebagai pembunuh kanak-kanak, pembohong dan pengganas nombor satu dunia.

“Dalam hal ini, entah bagaimana hati saya masih terasa Tun sebagai pemimpin di dunia sebelah sini. Saya tidak nampak seorang pun pemimpin dalam kabinet Malaysia bersedia berdiri tegak menyatakan pendirian walaupun di atas platform OIC atau pentas pergerakan Negara-negara Berkecuali.

“Ini sekaligus membawa saya terasa seakan-akan kabinet Malaysia sudah menjadi sehelai kain sempit, semakin terpinggir dan terkurung dari arus intelektualisme global sezaman serta degup jantung dan denyut nadi kebencian masa yang sedang kencang membenci kezaliman perang bawaan Bush, Blair dan para sekutu.

“Tahniah sekali lagi di atas kelantangan suara Tun menyergah kezaliman. Walaupun saya mungkin mempunyai pandangan dan kesimpulan yang berlainan di atas layanan Tun dalam sesetengah isu setempat di Malaysia, tetapi saya masih perlu berkongsi kegembiraan kerana di atas titik ini kita boleh bersatu.

“Walaupun di mana, kita perlu lihat mana-mana pihak yang zalim itu sebagai “common enemy”. Dalam hubungan ini, Bush dan Blair yang takabur ini perlu dilabelkan sebagai pembunuh kanak-kanak, penjenayah perang dan pembohong.

“Jika Tun bertanyakan sikap saya dan PAS pada keseluruhannya, maka kita sependapat untuk bersetuju di atas perkara-perkara yang boleh kita bersetuju. Kita juga boleh bersetuju untuk mengatakan, tidak setuju. Salam hormat.”

The post Pujian Arwah Tuan Guru Nik Aziz pada Tun Mahathir yang amat Menyentuh Hati appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TCCMB6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.