Saintis China Mendakwa Berjaya Menghasilkan Bayi Imun HIV Menggunakan Teknologi Suntingan CRISPR
Teknik suntingan CRISPR membolehkan DNA diubahsuai dan menjadi topik perdebatan hangat di dalam komuniti saintis. Ada yang merasakan CRISPR boleh digunakan untuk menghasilkan manusia “sempurna” yang tidak akan lagi mempunyai masalah penyakit genetik seperti sindrom down dan kanser.
Terkini Dr. Jiankui He dari Southern University of Science and Technology mengumumkan beliau berjaya menghasilkan sepasang bayi kembar yang imun kepada jangkitan HIV. Ini dilakukan dengan menghapuskan gen CCR5 menggunakan teknik suntingan CRISPR. Pengumuman beliau ini menerima reaksi negatif dari komuniti perubatan kerana suntingan genetik pada manusia telah ditakrifkan sebagai tidak beretika sejak 2015.
Sebelum ini 86 individu di China telah disunting gen mereka menggunakan CRISPR. Kesan jangka panjang suntingan gen masih tidak diketahui tetapi dikhuatiri akan mengubah evolusi manusia. Pada masa perubahan genetik juga dipercayai boleh menyebabkan mutasi yang mendatang masalah lain di masa hadapan. Tiadanya gen CCR5 boleh menyebabkan manusia terdedah kepada deman Nil dan kematian akibat jangkitan selesema.
Adakah manusia yang dibuang sesetengah gen masih lagi seorang manusia atau sebuah spesis baharu? Kajian ke atas teknik sutingan CRISPR selama ini dilakukan ke atas embrio manusia yang tidak boleh berkembang bagi mengelakkan ia kemudian diimplan ke dalam rahim untuk dilahirkan.
Di dalam fiksyen sains seperti filem GATTACA, manusia yang tidak menjalani proses suntingan genetik ditindas kerana terdedah kepada pelbagai penyakit. Memandangkan teknik ini hanya boleh diakses golongan berada, golongan miskin terus ditindas kerana tidak “sempurna”.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RjAqpm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment