Huawei Mula Memperluaskan Penawaran Huawei Pay Di Luar China
Huawei sebelum ini telah bekerjasama dengan UnionPay dalam memperkenalkan Huawei Pay untuk pasaran China pada 2016 yang lepas. Sejak daripada itu, penawaran pembayaran nirtunai berkenaan hanya terhad kepada pasaran negara China sahaja – dan beberapa desas-desus untuk pengenalan ciri berkenaan untuk pasaran global telah kedengaran.
Kini, dengan peranti Huawei yang sangat popular pada peringkat global, pengeluar berkenaan kini turut telah mengmabil langkah untuk memperluaskan perkhidmatan Huawei Pay.
Terkini, Huawei telah pun melancarkan perkhidmatan pembayaran nirtunai mereka untuk pengguna kad UnionPay di Russia. Dengannya, pengguna peranti Huawei dan Honor boleh mengintegrasikan kad UnionPay pada peranti mereka, dan seterusnya melakukan pembayaran disejumlah kedai.
Pada pengumuman pengenalan ini juga, Huawei mengatakan mereka akan memperluaskan penawaran ini di peringkat global dengan lebih pantas lagi.
Selain Huawei, beberapa pengeluar lain turut mempunyai medium pembayaran tersendiri – termasuk Apple dengan Apple Pay, dan Samsung dengan Samsung Pay.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AbJ96r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment