Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Menghasilkan Kecerdasan Buatan Yang Menjana Imej Pengolokan Yang Kelihatan Asli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Menghasilkan Kecerdasan Buatan Yang Menjana Imej Pengolokan Yang Kelihatan Asli

Kercerdasan buatan kini digunakan untuk meramal trafik ketika musim perayaan, trend saham dan membantu proses menangkap gambar pada peranti. Terdapat banyak kajian lain dilakukan ke atas kecerdasan buatan dan antara cabang menarik ialah generative adversarial network (GAN).

NVIDIA telah menerbitkan kajian GAN terkini mereka dalam penghasilan imej pengolokan yang kelihatan asli. Kesemua wajah yang anda lihat di atas dihasilkan oleh sistem GAN NVIDIA berasaskan wajah manusia sebenar. Ia kelihatan seperti imej asli sehingga sukar dibezakan dari imej asal.

Sistem kecerdasan buatan ini mengesan tiga “gaya” pada gambar, Gaya pertama adalah seperti rambut dan bentuk muka. Gaya kedua ialah bentuk mata dan wajah. Gaya ketiga dan terakhir ialah tema warna. Imej asal kemudian digubah menggunakan “gaya” dari imej sekunder bagi menghasilkan imej pengolokan yang menggabungkan kedua-dua elemen imej.

Kemampuan sistem ini tidak terhad kepada pengolokan wajah manusia malah boleh digunakan pada haiwan, kenderaan dan rekaan dalaman rumah. Bagi yang berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kertas kajian GAN ini, sila klik pada pautan sumber di bawah,



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RgwEQA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.