Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Is rael Lenyap Atas Bumi Pada Tahun 2022” – Henry Kissinger - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Is rael Lenyap Atas Bumi Pada Tahun 2022” – Henry Kissinger

Henry Kissinger Mantan Setiausaha Luar Negara Amerika Syarikat mengatakan Israel akan lenyap pada tahun 2022

Dalam tahun 2012, seorang veteran politik Amerika Syarikat yang sangat terkenal, Henry Kissinger, yang merupakan mantan Setiausaha Luar Negara Amerika Syarikat. Henry Kissinger akhirnya muncul sebagai Setiausaha Amerika yang paling berpengaruh sehingga hari ini.

Dia menyatakan bahawa dalam masa 10 tahun nanti, tiada lagi negara Israel di atas muka bumi ini.

Henry Kissinger bukan calang-calang orang, dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bangsa Yahudi. Henry Kissinger telah bersumpah setia untuk membantu kerajaan Israel di atas muka bumi ini.

Tiba-tiba Henry Kissinger mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan yang menimbul perdebatan.

Dalam rancangan Pentas Halaqah 2017, Dr. Danial apabila ditanya:

“Apakah ini secara faktanya menunjukkan bahawa bangsa dan negara Israel kini dah sampai kepada penghujungnya?”

Dr Danial menjelaskan kenyataan Henry Kissinger ini dilaporkan oleh Cindy Adams dalam New York Post pada tahun 2012.

“Seperti yang kita jangkakan, wakil Henry Kissinger mesti menafikan kenyataan yang luar biasa ini. Tetapi bila kita fikirkan semula, kita rasakan bahawa takkanlah Cindy Adams dengan semborono tulis kenyataan seperti itu jika tiada asasnya. Mesti sedikit sebanyak ada asasnya bahawa pada tahun 2022, Israel lenyap.”

“Saya fikir ada logiknya.”

“Pertama sekali, pada asasnya kita yakin dengan janji Allah berdasarkan kalam Rasulullah SAW bahawa tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga umat Islam membunuh bangsa Yahudi.”

“Ringkasnya, kita yakin Yahudi berkait rapat dengan Israel yang berkonsepkan Zionis yang taksub dan fanatik sehingga tidak lagi berperikemanusiaan, kita yakin mereka akan dibunuh dan dihancurkan sebab perangainya. Berdasarkan hadis, kita yakin it pasti berlaku.”

“Yang kedua, kita melihat bahawa 69 tahun umat Islam di Gaza bumi Palestin masih hidup dengan hebat sekali. Saya rasa salah satu aspek kekuatan ialah kekuatan dalaman.”

“Kita yakin bangsa Israel merupakan satu bangsa yang kejam, dan dia berdepan dengan satu bangsa yang hubungan dengan Allah rapat.”

“Dan siapa boleh mengalahkan bangsa yang walaupun bilangan mereka kecil, tetapi hubungan dengan Allah rapat? Tak mungkin.”

“Sebab itu kita jangan lupa membantu Palestin. Bantuan paling baik mungkin keluarkan sedikit daripada gaji membantu mereka”

Saudaraku,

Israel kuat di atas kertas. Yang menguatkan Israel ialah media. Yang menjulang Israel seolah-olah begitu kuat, mereka bersekongkol dengan negara-negara lain di atas dunia ini.

Persoalannya, adakah umat Islam yang takut Israel atau Israel yang takut pada Islam? Kita tidak boleh meanfikan bahawa kualiti umat Islam yang terbaik ketika ini ada pada saudara kita di Palestin. Belajarlah dari mereka.

Wallahua’lam

Tonton video perbincangan Dr Daniel dalam rancangan Halaqah di TV9 berkaitan isu ini:

https://youtu.be/d4-cAGqjqyY (copy link dan tonton di youtube) https://youtu.be/-pvIjWUKmuU

The post “Is rael Lenyap Atas Bumi Pada Tahun 2022” – Henry Kissinger appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ejh8fQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.