Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rayyan harap daddy sihat.. Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa” – luahan anak Rita Rudaini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rayyan harap daddy sihat.. Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa” – luahan anak Rita Rudaini

Malam ini Harimau Malaya akan beraksi menentang Vietnam di final pertama di Stadium Bukit Jalil. Sudah tentu ramaiyang ternanti adakah Aidil Zafuan, benteng paling berpengalaman untuk Malaysia akan turun ke padang memandangkan dirinya tercedera ketika menentang Thailand tempoh hari
Antara yang berharap Aidil Zafuan akan turun beraksi ialah anak kandungnya iaitu Rayyan.
Anak sulung pelakon Rita Rudaini benar-benar harap bahawa ayahnya akan turun menentang Vietnam malam ini.
Rayyan berkata, minggu lalu dia tidak berpeluang menyaksikan Aidil Zafuan bermain sepenuh masa apabila pemain pertahanan Harimau Malaya itu mengalami kecederaan di separuh masa pertama.
Menurut Rayyan, jika bapanya diturunkan dalam kesebelasan utama, dia berharap Aidil Zafuan boleh menjaringkan gol.
Ini kata Rayyan:
“Rayyan harap daddy sihat dan boleh main esok. Jadi, boleh Rayyan dan adik tengok daddy di TV,”
“Rayyan bertanya pada mummy juga di mana daddy? Mummy kata daddy cedera dan sebab itu Thailand dapat jaringkan gol. Kalau daddy ada mesti takkan gol.
“Jadi, Rayyan, adik dan mummy sentiasa doakan daddy sihat dan boleh beraksi dengan baik. Mummy cakap nak bawa Rayyan tengok di kedai mamak esok.
“Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa asalkan dapat tengok dia bermain. Semoga pasukan Malaysia menang”
Sementara itu, Rita Rudaini mengakui mendapat pelawaan daripada pelbagai beberapa pihak untuk membawa dirinya dan anak-anak menyaksikan final itu di stadium tetapi dia menolaknya dengan baik.
Ini jelas Rita Rudaini:
“Diakui, sejak dari awal kejohanan lagi ramai pihak nak beri tiket. Begitu juga untuk perlawanan esok, tetapi saya menolaknya. Namun, jika jemputan itu datang daripada Aidil Zafuan sendiri, mungkin saya boleh pertimbangkan.
“Apa pun, jika tak dapat ke stadium saya tetap akan sokong pasukan Malaysia. Semoga Aidil sihat dan boleh bermain dengan cemerlang”
Selain Rayyan, sorang lagi anak Rita Rudaini dan Aidil ialah Airit Qaqa Arjuana, 7 tahun. kedua-dua mereka berbakat dalam bermain bola sepak dan menyokong pasukan bola sepak Malaysia.
Sumber: penmerahpress.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rDZaxe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.