AliBaba Membuka Hotel FlyZoo Di Hangzhou Yang Dikendali Oleh Robot Automasi Dan Kecerdasan Buatan
Penggunaan robot dan kecerdasan buatan di dalam perkhidmatan dan bisnes bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia biasanya digabungkan dengan hospitaliti pekerja-pekerja yang masih akan memberi anda layanan yang terbaik.
AliBaba, syarikat perkhidmatan atas talian yang cukup terkenal untuk kedai atas talian dan sebagainya. kini baru sahaja mengumumkan mereka telah membuka sebuah hotel yang bernama FlyZoo yang dikendalikan sepenuhnya oleh robot dan kecerdasan buatan.
Hotel FlyZoo ini terletak di Hangzhou dimana ibu pejabat AliBaba juga terletak hadir dengan robot penyambut tetamu yang akan menjaga keperluan daftar masuk anda. Panel pengenalan wajah pula digunakan untuk memasuki bilik dan kawasan-kawasan riadah seperti gym dan kolam renang, dan ini menghindarkan masalah pelanggan kehilangan kad akses.
Jika anda ingin membeli apa-apa di hotel tersebut, anda boleh becakap dengan robot TMall Genie untuk semua keperluan anda. Semua produk atau aksesori yang dibeli akan dihantar terus ke bilik ataupun alamat rumah anda secara terus.
Tempahan semalam untuk sebuah bilik di Hotel FlyZoo berharga RMB1399 (~RM800), dan harga ini adalah lebih mahal berbanding dengan hotel-hotel lain di kawasan tersebut, seperti JW Marriott dan Sofitel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SuZA4P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment