Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mengakhiri 2018 Sebagai Syarikat Dengan Modal Pasaran Tertinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mengakhiri 2018 Sebagai Syarikat Dengan Modal Pasaran Tertinggi

Ogos tahun lalu, Apple menjadi syarikat pertama yang mencecah modal pasaran (market capitalisation) 1 trilion. Ini diikuti pula oleh Amazon pada bulan September. Tetapi nilai saham kedua-dua syarikat ini telah menyusut dan akibatnya Microsoft menjadi syarikat yang menamatkan 2018 dengan modal pasaran bernilai $779.67 bilion (~RM 3.23 trilion).

Apple menamatkan 2018 di tangga kedua dengan modal pasaran $748.54 bilion diikuti oleh Alphabet ($726.73 bilion), Google ($720.23 bilion) Facebook ($376.72 bilion) dan Intel ($214.19 bilion). Microsoft diramalkan akan akhirnya mencapai modal pasaran $1 Trilion pada tahun ini.

Kekuatan mereka kini penawaran storan awanan, perisian pada pelbagai platform dan menumpukan perhatian kepada sektor perniagaan. Kesemuanya berlaku di bawah pimpinan CEO Satya Nadela yang melakukan perbagai perubahan drastik termasuk menghentikan pembangunan sistem operasi telefon mudah alih mereka kerana merugikan syarikat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2F2RGvJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.