Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Assistant Pada Skrin Terkunci Bakal Hadir Ke Semua Peranti Android Serta Pengesahan Tiket Penerbangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Assistant Pada Skrin Terkunci Bakal Hadir Ke Semua Peranti Android Serta Pengesahan Tiket Penerbangan

Pada peranti Pixel, pengguna boleh mengakses Google Assistant terus dari skrin yang terkunci. Pelbagai arahan boleh diberikan seperti lokasi restoran berhampiran dan maklumat akan dipaparkan terus pada skrin tanpa peranti dinyahkunci terlebih dahulu. Google kini mengesahkan fungsi yang sama akan hadir pada kesemua peranti Android di pasaran dalam masa beberapa minggu. Dengan fungsi ini maklumat yang diperlukan boleh dipaparkan dengan lebih pantas tanpa peranti perlu dinyahkunci terlebih dahulu.

Tambahan lagi kelak pengguna boleh melakukan pengesahan tiket penerbangan dengan hanya kawalan suara pada peranti Android dan iOS. Apabila syarikat penerbangan mula membenarkan pengguna melakukan pengesahan tiket (selalunya 24 jam sebelum), mereka boleh melakukan proses ini dengan menggunakan kawalan suara. Kesemua proses pengesahan akan dilakukan oleh Google Assistant menerusi maklumat pengguna yang telah tersimpan.

Pas penerbangan elektronik juga akan disimpan terus pada peranti. Ia kemudian boleh diseru juga menggunakan Google Assistant. Fungsi ini walau bagaimanapun hanya diaktifkan untuk penerbangan domestik di Amerika Syarikat menerusi syarikat United Airlines sahaja buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2C9H7Ug

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.