Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelidik Data Membina Sebuah Perisian Yang Boleh Menjangkakan Lokasi Kedudukan Anda Menggunakan Kicauan Twitter Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelidik Data Membina Sebuah Perisian Yang Boleh Menjangkakan Lokasi Kedudukan Anda Menggunakan Kicauan Twitter Lama

Pada tahun 2009 sehingga tahun 2015, Twitter hadir dengan sebuah ciri dimana para penggunanya boleh menandai kicauan-kicauan mereka dengan tag geo-lokasi menggunakan GPS.

Secara kebiasaannya, tag geolokasi ini hanya akan menunjukkan lokasi umum pengguna tersebut, seperti Kuala Lumpur ataupun Subang Jaya. Akan tetapi, beberapa penyelidik data telah menunjukkan bahawa tag GPS tersebut sebenarnya lebih tepat daripada apa yang disangkakan.

Menurut laporan Wired, beberapa penyelidik data telah membina sebuah perisian yang dinamakan Location Privacy Auditor (LPAuditor) yang boleh menjangkakan pelbagai lokasi-lokasi pengguna berdasarkan kicauan mereka yang mempunyai tag GPS tersebut.

Perisian tersebut mampu mengandaikan lokasi-lokasi seperti tempat tinggal, tempat kerja, tempat riadah dan malah tempat beribadah pengguna, berdasarkan inferens daripada kicauan dan juga tag GPS yang boleh diakses secara terbuka.

Ciri tag geo-lokasi ini masih hadir pada Twitter, tetapi sejak tahun 2015, syarikat tersebut telah mengemaskini terma dan syarat mereka supaya pengguna perlu memilih untuk berkongsi lokasi mereka. Akan tetapi, kicauan dengan tag GPS yang tepat tersebut masih boleh diakses melalui API geo-lokasi sehingga hari ini.

Jika anda ingin membuang tag-tag GPS tersebut, anda boleh melakukannya melalui menu tetapan keselamatan Twitter.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QEmg0y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.