Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chrome Akan Memberikan Amaran Untuk URL Silap Menyerupai Laman Yang Anda Ingin Lawati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chrome Akan Memberikan Amaran Untuk URL Silap Menyerupai Laman Yang Anda Ingin Lawati

Google sering menguji pelbagai ciri baru yang menarik pada pelayar web mereka, termasuk pada masa yang sama memberikan perhatian kepada penawaran sekuriti melaluinya. Terkini, melalui ZDNet, Google dilihat menguji ciri memberikan amaran kepada pengguna apabila melawat URL yang menyerupai laman yang mungkin seseorang ingin lawati melalui Chrome.

Chrome Navigasi

Seperti ramai sedia maklum, ada masanya anda tersilap menaip sesuatu URL – dan ia membawa kepada laman yang tidak tepat. Ini juga digunakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan perisian hasad dan mencuri maklumat pengguna.

Untuk mengatasi perkara berkenaan, Chrome kini menguji ciri dinamakan “Navigation Suggestion“. Melalui ciri ini, apabila anda tersalah menaip sesuatu URL, ia akan memberikan cadangan URL yang sepatutnya – sekaligus membawa anda ke laman yang sepatutnya. Cadangan berkenaan dipaparkan dibawah bar URL alamat, sekaligus meminta pengguna kepastian sama ada mereka ingin ke laman yang ditaip berkenaan, atau ke laman cadangan Google.

Buat masa ini, Google masih sedang menguji ciri ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia. Anda yang berminat, boleh mengaktifkannya dengan melayari halaman chrome://flags/#enable-lookalike-url-navigation-suggestions di pelayar web Chrome anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WFLZdw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.