Puma Turut Akan Melancarkan Kasut Swa-Ikat Untuk Bersaing Dengan Nike
Setakat ini Nike telah melancarkan beberapa kasut swa-ikat yang dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Ini menjadikan kasut fantasi dari filem Back To The Future II menjadi realiti. Arena kasut dengan kemampuan swa-ikat bakal menjadi meriah apabila Puma melancarkan kasut mereka pada tahun 2020.
Kasut Puma Fi telah diperlihatkan hari ini dengan kemampuan dikawal menggunakan iPhone dan Apple Watch. Ia mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga lima hari. Terdapat pengecas nirwayar menggunakan format Qi yang mengecas semula bateri apabila kasut tidak digunakan. Menerusi aplikasi pengguna boleh melihat tahap bateri dan melaras tahap kekuatan ikatan kasut.
Puma telah membangunkan kasut ini sejak tiga tahun yang lalu. Buat masa ini Puma akan melakukan ujian terlebih dahulu kepada pengguna terpilih dengan sasaran menjualnya pada harga sekitar $330 (~RM 1350) sepasang,
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TroEtN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment