Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Didik Anak Degil, Rotan Wajib Simpan Di Rumah. Mesti Anak Jadi Elok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Didik Anak Degil, Rotan Wajib Simpan Di Rumah. Mesti Anak Jadi Elok

Kalau diuji dapat anak degil memang boleh suami isteri pening kepala. Kadang nak bawa keluar berjalan pergi rumah orang atau makan di luar pun rasa risau. Sudahlah tak dengar kata, kuat melawan pula. Dek kerana perangai anak yang tak makan saman ini lah, ada mak-mak yang menangis sebab geram.

Mungkin sudah puas membebel dan marah, tetapi anak tetap juga tak berubah. Haa… mak-mak di luar sana, jangan makan hati. Jangan sesekali sebut yang tak baik pada anak-anak sekali pun marah. Ingat kata-kata mak adalah doa.

Jom kita belajar ilmu psikologi untuk didik anak-anak.

1. Nasihat
Mula-mula kita nasihat elok-elok, terangkan mengenai kesalahan yang anak buat. Cakap lembut tapi tegas, jangan jerit atau menengking nanti anak lagi memberontak.

2. Rotan kena ada di rumah
Gantung rotan kat tempat yang anak-anak boleh tengok. Bukan bererti kita kaki pukul tapi ini cara psikologi supaya anak-anak rasa gerun untuk melakukan kesalahan.

3. Pukul anak pun mesti ada cara
Jangan pukul anak dengan tangan atau anggota tubuh kita kerana anak mungkin akan jadi lebih degil. Cara yang paling terbaik, rotan tapak kaki anak tapi jangan kuat sangat. Niat untuk ajar bukannya menyakiti anak. Bahagian lain jangan pukul ye. Rotan adalah cara terakhir mendidik anak-anak.

4. Wajah serius
Bila anak tak dengar kata, sebagai ibu dan ayah kita mesti tunjukkan muka yang serius. Biar anak tahu kita tidak suka perbuatannya.

5. ‘Pulaukan’ Anak
Ada anak yang walaupun dirotan, dia masih degil. Untuk anak yang begini, kita ‘pulaukan’ mereka. Jangan cakap dan buat tidak tahu sahaja. Layan anak-anak lain seperti biasa. Anak yang degil pasti akan terasa, secara perlahan-lahan dia yang akan mendekati kita dan minta maaf. Tak percaya? Cubalah mesti korang terkejut dengan reaksi anak.

6. Denda
Mak dan ayah boleh denda anak sebagai hukuman kerana tidak mendengar kata. Antara denda yang berkesan, jangan bagi anak-anak ini tengok tv terutama rancangan kegemaran, jangan bagi handphone atau ipad seminggu atau tidak benarkan bermain di taman. Mesti anak serik.

7. Didik Anak Dengan Al-Fatihah
Untuk anak-anak yang bermasalah, mak boleh cuba tip ini. Ketika membasuh beras, bacakan Al-Fatihah dan berdoa agar anak-anak taat dan menjadi anak yang soleh. Insya-Allah dengan izin-Nya tip ini akan berjaya melembutkan hati anak yang degil.

Atau anda boleh amalkan petua dari perkongsian Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz:

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca ” Ya Rahim ” sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, mak ayah boleh bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 19 di ubun-ubun anak anda. Semoga mak ayah di luar sana mampu mendidik anak-anak dengan cara terbaik.

Aamiinn…


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ID8YmD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.