Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android Q Beta 1 Dilancarkan Untuk Semua Generasi Google Pixel – Ini Adalah Perkara Baru Dalam Android Q - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android Q Beta 1 Dilancarkan Untuk Semua Generasi Google Pixel – Ini Adalah Perkara Baru Dalam Android Q

Google Pixel adalah siri peranti mercu Google yang menjalankan Android Asli secara terus dari Google sendiri. Ia juga merupakan peranti yang pertama untuk menerima apa jua kemaskini terbaru dari Google.

Hari ini, akhirnya versi Android kesepuluh – Android Q dilancarkan buat semua generasi peranti Pixel. Android Q yang dilancarkan ini adalah versi beta pertama. Jadi, akan ada banyak pepijat dan masalah bakal terjadi. Android Q Beta 1 ini hanya digalakkan untuk pembangun atau pengguna yang berpengalaman sahaja memasangnya pada peranti mereka.


Butiran Android Q sebelum ini sudah tertiris. Tetapi yang hadir dalam Beta 1 ini bukanlah kesemua fungsi/ciri yang pernah tertiris. Berikut dalah senarai ciri/fungsi baru yang hadir pada Android Q Beta 1;

Perlindungan Privasi

Seperti yang dijangkakan, akan terdapat kawalan privasi yang lebih mendalam. Melalui ‘Privacy Protection‘, bukan sahaja pengguna boleh mengehadkan akses lokasi, tetapi turut boleh mengehadkan akses/kebenaran lain seperti akses kepada kandungan tertentu dan juga mengehadkan aplikasi berjalan di latar. Pembangun digalakkan untuk hanya memfokuskan pemberian notifikasi, selain daripada aplikasi mereka berjalan di latar.

Sokongan Peranti Boleh Lipat

Android SDK sudah pun mula menyokong pembangunan aplikasi untuk peranti boleh lipat. Dalam Android Q, sokongan ini terus terbina dan secara tidak langsung memudahkan pembangun. Kod Android boleh lipat ini sudahpun digunakan pada Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X.

Pintasan Perkongsian

Perkongsian sesuatu dalam Android kini lebih mudah melalui ‘Sharing Shortcuts‘. Melalui fungsi ini, pembangun boleh terus tetapkan aktiviti apa yang terpapar jika butang kongsi ditekan – seperti salin/tampal teks, kongsi ke aplikasi lain dan lain-lain.

Tetapan Baru

Antaramuka tetapan kini menerima perubahan drastik. Ia mempunyai rekaan baru dan kemudahan akses dengan pantas, selain kini terpapar dalam bentuk mod tetingkap terapung jika diakses dalam sesuatu aplikasi.

Sambungan

Android Pie ada ‘Adaptive Display‘ dan ‘Adaptive Battery‘. Android Q mempunyai ‘Adaptive WiFi‘. Tetapan WiFi kini mampu secara automatik berubaha kepada sambungan prestasi tinggi atau latensi rendah. Ia turut menyokong standard WiFi baru WP3 dan OWE, serta perlindungan lokasi berasaskan sambungan yang lebih baik.

Kamera, Media & Grafik

Aplikasi dalam Android Q kini boleh memohon akses untuk Dynamic Depth yang terdiri daripada datameta imej JPEG, XMP untuk data kedalaman, kemampuan mengubah bokeh, penghasilan imej 3D dan penghasilan kandungan realiti terimbuh. Android Q turut menyokong codec audio baru dan codec video AV1, yang menggunakan codec audio Opus dan HDR10+.

ANGLE pada Vulkan

Google sedang usahakan standard OpenGL yang boleh dikemaskini pada mana-mana peranti dengan sokongan Vulkan. Selain itu, Google turut sedang bereksperimen dengan ANGLE yang akan membenarkan aplikasi atau permua berjalan lebih lancar dan stabil. Google turut akan tetapkan yang pengeluar wajib mengimplementasikan Vulkan 1.1 pada semua peranti yang menjalankan Android Q ke atas.

Prestasi ART

Dalam Android Q, prestasi ART akan menjadi lebih baik. Ini bermakna, aplikasi akan berjalan lebih pantas dan kurang menggunakan memori. Kemudian, Google Play turut membawakan profil prestasi berasaskan awan selain daripada APK. Ia turut mempunyai sekuriti yang lebih baik melalui proses Zygote.


Bagi yang berminat boleh terus pergi ke laman web Android Developer untuk muat turun fail imej Android Q Beta 1. Fail imej OTA turut disediakan bagi yang tidak ingin format peranti sedia ada. Ini hanyalah beta pertama, kelak akan terdapat banyak lagi fungsi/ciri menarik. Google menjadualkan akan tedapat 6 beta Android Q sebelum versi akhir diperkenalkan. Sokongan tema gelap mendalam buat masa ini disorokkan, ini mungkin ia masih belum stabil.

Sama-sama kita nantikan Android Q versi rasmi kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TJ6irU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.