Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Menghalang 17.5 Juta Rakyat Dari Membeli Tiket Kapal Terbang Kerana Kredit Sosial Yang Buruk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Menghalang 17.5 Juta Rakyat Dari Membeli Tiket Kapal Terbang Kerana Kredit Sosial Yang Buruk

Jika anda terlibat dalam kemalangan atau disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya, markah demerit akan dipotong. Akibatnya lesen anda mungkin boleh digantung apabila mencapai tahap pemotongan markah yang tinggi. Di China terdapat sistem kredit sosial yang lebih tegas yang boleh mengancam masa depan individu.

Menurut laporan The Associated Press, setakat ini 17.5 juta individu telah dihalang dari membeli tiket kapal terbang dan 5.5 juta dihalang dari membeli tiket kereta api kerana markah kredit sosial yang buruk. Ini adalah menurut laporan yang telahpun dikeluarkan oleh National Public Credit Information Center yang memantau kredit sosial rakyat negara komunis ini.

Turut dilaporkan sebanyak 128 individu dihalang dari keluar negara kerana gagal membayar cukai pendapatan. Sebanyak 3.5 juta individu pula membayar pelbagai saman/denda tertunggak bagi memperbaiki angka kredit sosial mereka,

Sistem kredit sosial ini diperkenalkan di China secara berperingkat sejak 2014 bagi menjaga “sahsiah rakyat”. Ia diharap dapat mengurangkan aktiviti anti sosial tetapi dilihat sebagai mekanisme untuk menghalang mereka dari menentang pelbagai polisi kerajaan sekaligus menghalang hak asasi manusia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Eq7kzg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.