Hi! Welcome Back and Stay Tune! SpaceX Berjaya Melancarkan Kapsul Crew Dragon Untuk Membawa Angkasawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SpaceX Berjaya Melancarkan Kapsul Crew Dragon Untuk Membawa Angkasawan

Sejak Space Shuttle di purnakarya oleh NASA pada tahun 2011, mereka terpaksa bergantung kepada Rusia untuk menerbangkan angkasawan mereka ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Hubungan di antara dua negara ini semakin tegang kerana perbezaan politik. Oleh itu sistem sendiri telah dibangunkan supaya mereka tidak lagi perlu bergantung kepada Rusia.

Crew Dragon (juga dikenali sebagai Dragon 2)  ialah salah satu dari sistem yang dibangunkan. Ia direka oleh SpaceX dan mampu membawa 7 anak kapal serentak. Semalam ia berjaya diterbangkan ke ISS dengan membawa patung ujian Anthropomorphic Test Device (ATD) yang diberi nama Ripley dan kargo seberat 181 kg. Dengan kejayaan ujian di bawah misi Crew Demo-1 ini, Amerika Syarikat maju selangkah lagi untuk kembali menghantar angkasawan tanpa bantuan negara lain.

Sebelum ini kapsul Dragon telah terbang 16 kali ke ISS tetapi hanya membawa kargo. Antara kargo yang pernah dibawanya ialah satelit mikro UiTMSAT-1 CUBESAT yang dipasang oleh UiTM pada Jun tahun lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SAxFQ8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.