Dulu menyewa sekarang kutip duit sewa. Gadis bergaji 1.8k di KL ini kongsikan bagaimana beliau jana pendapatan melalui rumah sewa. Ini adalah kisah benar.
Gaji 1.8k di KL?
Gila.
Itu adalah apa yang sering keluar dari mulut orang ramai bila cakap tentang isu gaji di kota metropolitan ini.
Benar, di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini, semuanya serba serbi mahal. Kos makan, pengangkutan, tempat tinggal, nak berhibur, semuanya lebih mahal berbanding kawasan lain.
Kalau diikutkan indeks gaji yang sepatutnya dan seiring dengan peningkatan kos hidup di tengah kota metropolitan ini, 1.8k sememangnya jauh tersasar dari peluang hidup yang sama dengan mereka yang lain.
Tapi macam biasa, setiap dari masalah pasti ada penyelesaiannya. Harini Tok nak kongsikan satu kisah benar yang berlaku dan melibatkan kenalan rapat Tok sendiri.
Jemput telan, hadam, dan kongsikan kisah inspirasi terbaik 2019 ini.
————————————————————————————————————————–
Ain (bukan nama sebenar), baru saja dapat kerja di sebuah syarikat swasta di KL lepas tamat daripada pengajian. Dengan gaji permulaan 1.8k, Ain menyewa bilik di sebuah apartment (nama dirahsiakan) yang terletak di Damansara.
Sewa bulanan RM 275 perhead (bilik kongsi).
Kos permulaan untuk menginap di situ adalah sekitar RM 600.00 (1+1 deposit + RM 50) beserta kontrak selama 6 bulan.
Keadaan sekeliling perumahan tersebut sememangnya terkenal dengan suasana yang tidak berapa aman, dengan lambakan pendatang asing dan kawalan keselamatan yang longgar. Bagi seorang remaja perempuan, keadaan begitu amatlah tidak menyenangkan.
Tambahan lagi, Ain terpaksa melakukan beberapa transaksi pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dari MRT dan bas Rapid KL. Ini sudah pastinya memakan banyak masa dan tenaga sebelum sampai ke tempat kerja.
Kos pengangkutan harian untuk sehari saja adalah sebanyak RM 9. RM 9 X 26 hari (hari kerja) = RM 234.
Secara kasarnya, Ain membelanjakan lebih kurang RM 550 sebulan untuk tempat tinggal dan pengangkutan.
Merasakan tidak selamat, dan tidak berbaloi kos yang dikeluarkan dengan gaji bulanan yang diterima, Ain tekad untuk berpindah dan mula mencari rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerja dan lebih terjamin keselamatan.
Nasib beliau baik, Ain jumpa sebuah rumah sewa kosong di satu ruangan iklan dengan sewa bulanan sebanyak RM 1,200. Kebetulan, Ain ada seorang rakan yang turut sama ingin menyewa bersama beliau.
Lepas dah tinjau dan lakukan sedikit analisis berkenaan kawasan tersebut dari segi keselamatan (kawalan 24 jam), gym, kedai makan, klinik, dan sebagainya, Ain dan rakan pun terus pindah masuk unit kosong itu.
Kisah Kapitalis Muda pun bermula..
Rumah tersebut datang dengan 1 buah bilik masterbedroom, 1 bilik medium, dan 1 bilik bujang berkeluasa 1080psf. Ain dan rakannya tinggal bersama dalam bilik master, berbekalkan tilam bujang yg dibeli mereka sahaja.
Deposit yang perlu dibayar =
RM 1 200 + RM 1 200 + RM 1 200 (sewa bulan pertama) + RM 600 (deposit utilitise) + RM 100 (parking kereta).
Rumah tersebut lebih terjamin keselamatan dan mempunyai akses MRT ke tempat kerja dengan belanja bulanan RM 100 sahaja setiap bulan.
“RM 100? Macam mana boleh naik MRT sebulan RM 100 je ni?”
Mungkin ramai yang belum tahu, mulai Januari 2019, kerajaan memperkenalkan satu dasar pengangkutan awam yang menarik dan sangat membantu dalam golongan pertengahan dan tinggal di bandar.
MRT pass ini layak dimohon oleh semua warganegara Malaysia yang berdaftar sahaja.
Dan permohonan boleh dilakukan di kaunter hub MRT di seluruh cawangan yang ada.
Ain masih agak kurang stabil dari segi kewangan untuk bayar RM 600 sebulan (bahagi 2 dengan rakan). Ain ambil inisiatif bijak dengan menyewakan dua lagi bilik kosong dalam rumah tersebut. Seawal bulan pertama kemasukan Ain dan rakan ke unit tersebut beliau sudah mengiklankan 2 bilik tersebut.
Rezeki beliau, Ain dapat penyewa dalam beberapa hari saja. Tapi sudah tentu, sebelum melayakkan beliau untuk menyewakan 2 bilik tersebut kepada orang luar, sedikit penambahbaikan perlu dilakukan. Barulah orang yakin nak menyewa.
Mesin basuh, peti sejuk, kabinet dapur, Ain beli dengan kos kasar sekitar RM 1.5k.
Mengambilkira kos awal deposit rumah dan barangan asas seperti di atas, keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan adalah RM 4,300.
“Eh, mana dia dapat duit banyak macam ni? Kan baru kerja? Kalau ada saving banyak macam ni kenapa tak sewa unit yang lebih high end?”
Bab ini akan Tok terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel seterusnya nanti ya.
Berbalik kepada Ain tadi, kiraan sublet yang dilakukan adalah seperti berikut;
1- Bilik kecil – RM 350 + RM 50 (sewa parking) + RM 20 (utilities)
2- Bilik medium – RM 400 + RM 50 (utilities)
Total = RM 970
Ini adalah hasil pendapatan Ain untuk sewaan 2 bilik kosong.
Sewa rumah yang Ain perlu bayar = RM 1,200
RM 1,200 – RM 970 = RM 230.00
Jadi Ain dan rakan hanya perlu bayar RM 115.00 setiap bulan.
Bijak bukan?
Dari segi pengangkutan, kawasan perumahan tersebut berhampiran dengan MRT dan bajet bulanan untuk pengangkutan awam hanyalah RM 100 sahaja.
Mari kita recap balik perbelanjaan bulanan Ain sekarang untuk pengangkutan dan penginapan.
Penginapan = RM 115.00
Pengangkutan = RM 100.00
Jumlah = RM 215.00
Komitmen bulanan Ain kurang dari RM 500.00, jauh lebih jimat dari sebelum ini. Iyelah, kalau dikirakan kos awal beliau pindah dan beli kelengkapan rumah, pastinya macam tak nampak hasil sublet beliau tu.
Tapi ada kisah menarik macam mana beliau berjaya mendapatkan sejumlah modal yang besar untuk beli kelengkapan rumah. Nanti Tok akan kongsikan ya.
Apa pengajaran dari kisah Ain untuk siri pertama ini?
Gaji seciput mana sekalipun, kalau ada kemahuan dan inisiatif untuk hidup di tengah bandar yang mencabar ini, mesti ada jalan.
Kisah Ain ini wajar dijadikan pengajaran dan tips untuk anak muda di luar sana yang bakal memulakan hidup di kota metropolitan ini.
*Tengah cari bilik sewa ke tu? Jemput KLIK untuk tawaran sewa bilik terbaik.
The post Dulu menyewa sekarang kutip duit sewa. Gadis bergaji 1.8k di KL ini kongsikan bagaimana beliau jana pendapatan melalui rumah sewa. Ini adalah kisah benar. appeared first on Gila Hartanah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2u6vzxP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment