Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Mengesahkan Akan Mengurangkan Penjualan Telefon Pintar Di Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Mengesahkan Akan Mengurangkan Penjualan Telefon Pintar Di Asia Tenggara

Jika anda pembaca tegar Amanz sejak tujuh tahun yang lalu anda pasti tahu saya adalah peminat tegar telefon pintar keluaran mereka. Mereka antara yang terawal membawakan fungsi kalis air pada peranti dan mementingkan kemampuan audio yang tinggi. Tetapi sejak enam bulan kebelakangan ini tiada peranti baharu mereka seperti Xperia XZ3 dilancarkan di Malaysia. Peranti terakhir dibawa masuk secara rasmi ialah Sony Xperia XZ2 Premium.

Menurut laporan Nikkei Asian Review semalam, Sony akan mengurangkan penjualan telefon pintar mereka di Asia Tenggara. Tumpuan akan diberikan kepada pasaran Eropah dan Asia Timur sahaja mulai sekarang. Ini adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula Sony bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh perniagaan peranti mudah alih. Kemungkinan besar peranti terkini seperti Xperia 1 dan Xperia 10 tidak akan dilancarkan di Malaysia kini adalah tinggi.

Minggu lalu Sony Mobile digabungkan ke dalam bahagian produk TV, audio dan kamera. Strategi ini sudah dilihat pada Xperia 1 yang mempunyai kemampuan kamera yang akhirnya menerima sentuhan bahagian kamera Sony Alpha. Dengan tiada lagi saingan di antara perniagaan peranti mudah alih, TV, audio dan kamera, produk yang lebih sehaluan dalam dihasilkan.

Pada waktu yang sama penggabungan dan penstrukturan ini akan mengakibatkan 2000 kakitangan Sony Mobile yang bersamaan dengan 50% tenaga kerja yang diberhentikan oleh Sony. Mereka akan dipindahkan ke bahagian lain Sony atau mengambil skrin persaraan secara sukarela.

Untuk tahun fiskal 2018, Sony Mobile dijangka hanya berjaya menjual 6.5 juta peranti. Ini adalah separuh dari jualan tahun fiskal 2017 dan 1/6 dari jualan lima tahun yang lalu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2WCY2aF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.