Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Muzik Berkualiti Tinggi

Amazon sedia menawarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka pada hari ini. Menariknya, bergerak kehadapan, kini laporan baru hadir mengatakan kelak Amazon akan menambah pilihan penawaran lagu pada kualiti yang tinggi, HiFi.

Buat masa ini, salah satu perkhidmatan yang popular dengan penawaran lagu pada kualiti HiFi melalui perkhidmatan penstriman adalah Tidal. Penyertaan Amazon dalam arena ini, sekaligus akan mencabar Tidal – selain menawarkan pilihan kualiti audio dengan kadar bit lebih tinggi bagi peminat muzik.

Sekiranya laporan ini benar, maka Amazon akan meliputi pelbagai tahap penawaran perkhidmatan penstriman muzik – dari versi percuma, berbayar dan juga berkualiti tinggi.

Amazon dijangka akan mengecaj harga sedikit tinggi untuk perkhidmatan penstriman muzik berkualiti tinggi ini berbanding versi biasa.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Amazon akan melancarkannya. Untuk makluman, Spotify dan Apple Music yang digunakan ramai pengguna diseluruh dunia masih tidak menawarkan perkhidmatan penstriman muzik pada kualiti tinggi buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZFZJqf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.