Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap
Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.
BAHAN A :
- 1 cawan gula*
- 1 cawan susu cair*
- 1 cawan koko*
- 1 cawan minyak*
- 1/2 cawan susu pekat*
BAHAN B :
- 3 biji telur (A)
BAHAN C :
- 1 cawan tepung naik sendiri
Bahan untuk cheese :
- 250gm cream cheese*
- 60gm gula castur*
- 25 gm tepung gandum*
- 25 gm susu segar*
- 1 biji telur
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.
- Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
- Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.
- Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.
- *Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.
CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :
- Pukul semua yg bertanda kecuali telur sampai gebu n masukkan telur n pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya. Best sangat rasa lembut jaaa
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PztTq9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment