Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Mengaktifkan Sokongan Tema Gelap Pada Chrome Di Android? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Mengaktifkan Sokongan Tema Gelap Pada Chrome Di Android?

Google telah mula memfokuskan integrasi tema gelap pada beberapa aplikasi mereka, termasuk pelayar web Chrome. Kini, menariknya, untuk pengguna Chrome di Android, ciri tema gelap telah pun mula disertakan, tetapi masih tidak diaktifkan lagi untuk semua.

Chrome Android Dark Mode

Sekiranya anda menggunakan Chrome 74 dan terkini pada peranti Android anda, kini dengan mudah anda boleh mengaktifkannya dan menikmati ciri tema gelap pada pelayar web popular berkenaan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk mengaktifkannya hari ini:

  1. Di Chrome, pergi ke halaman Flags dengan menaip URL berikut : chrome://flags.

Chrome Android Dark Mode

  1. Pada halaman tetapan berkenaan, buat carian untuk kata kunci “Dark Mode“, dan pada pilihan “Android Chrome UI Dark Mode“, klik dan ubah tetapan berkenaan daripada Default kepada Enabled.

Chrome Android Dark Mode

  1. Seterusnya, mulakan semula pelayar web Chrome untuk Android anda.
  2. Apabila Chrome untuk Android dimulakan kembali, anda boleh ke halaman tetapan Chrome (dengan tap pada ikon tiga titik pada penjuru kanan-atas, dan seterusnya memilih Settings. Anda akan dapat melihat pilihan menu baru dinamakan “Dark Mode“.

Chrome Android Dark Mode

  1. Tap padanya, dan aktifkan penggunaan “Dark Mode“. Seterusnya, anda akan dapat melihat pelayar web Chrome anda kini menggunakan tema gelap, sekaligus memberikan lebih keselesaan pada mata anda ketika melayari internet pada waktu malam.


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZGtKG7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.