Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Sangat Anak Cemerlang, Kita Sendiri Macamana? Cemerlang Atau Tidak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Sangat Anak Cemerlang, Kita Sendiri Macamana? Cemerlang Atau Tidak

MATA PELAJARAN ANAK-ANAK SEKARANG


Ini laporan keputusan peperiksaan anak saya darjah 1 dan 2. Ada 11 matapelajaran yang mereka perlu kuasai untuk membolehkan mereka dikira cemerlang di sekolah. Tidaklah menjadi isu bagi saya jika ini sememangnya keperluan yang wajar bagi anak-anak ini. Lagi pun saya bukan pakar dalam bidang pendidikan anak-anak di sekolah.

Yang menggusarkan ialah ekspektasi kita terhadap mereka. Ibu bapa tidak sedar anak sudah pun terbeban dengan matapelajaran yang banyak tetapi masih lagi mahukan lebih dari anak-anak.

Dihantar ke kelas tambahan seawal tadika sebelum atau selepas waktu sekolah, dihantar pula ke tuisyen pada waktu malam dan hujung minggu juga begitu.

Kelas cepat belajar, cekap matematik, fasih bertutur dan segala mak nenek kita hantar anak kita untuk hadiri. Cuti sekolah dihantar pula untuk kem motivasi, bijak ini, bijak itu dan segala tok tok wan lagi. Hidup anak kita dipenuhi dengan segala macam perkara yang kononnya menyediakan mereka menjadi insan cemerlang.

Cemerlang dari segi apa yang kita mahu? Saya berpendapat definisi cemerlang kita sekarang sudah tersesat. Definisi cemerlang kita mengakibatkan anak kita menjadi mangsa. Mangsa sistem dan juga mangsa ibu bapa yang mengalami delusi. Anak kita menjadi proksi untuk menunjukkan kita hebat, untuk kita mendapat pujian melambung, untuk kita, untuk kita dan untuk kita.

Untuk anak?

Tidak hairanlah jika anak kita sekarang lemah EQ nya walaupun hebat pelajarannya. Tidak hairanlah jika anak kita mudah stress, lemah jatidiri, sempit fikirannya.

Sebab apa? Sebab kita ingin mereka menjadi acuan yang kita definisikan sendiri iaitu cemerlang pelajaran. Maka segala usaha ialah ke arah itu sahaja.

Apalah nasib zaman kanak-kanak mereka? Disumbat dan dipaksakan dengan idealisme ibu bapa dan sistem yang didasarkan pada keperluan seorang dewasa dan bukan keperluan dan kemampuan seorang anak yang baru mahu mengenal dunia.

Tidak bolehkah kita berikan mereka ruang untuk menjadi kanak-kanak? Biarlah, kalau mereka cemerlang pelajaran, Alhamdulilah. Jika tidak, apa nak buat jika mereka sudah usaha. Mungkin bukan rezekinya begitu.

Yang kita ni pun nak sangat anak cemerlang, kita sendiri macamana? Cemerlang?

Dr Ahmad Rostam bin Md Zin
Pakar Psikiatri
HDOK Sandakan


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GxSZlx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.