Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebelum Membuat Keputusan Berkahwin, Inilah 7 Soalan Anda Patut Tanya Pada Pasangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebelum Membuat Keputusan Berkahwin, Inilah 7 Soalan Anda Patut Tanya Pada Pasangan

Sebelum anda buat keputusan untuk berkahwin yang pastinya adalah satu keputusan besar yang bakal mempengaruhi seluruh hidup anda. Pastikan pasangan anda boleh bagi jawapan yang baik dan sesuai dengan keperluan anda sebagai seorang individu dan bakal suami/isteri.

Berikut 7 soalan yang perlu anda tanyakan pada bakal pasangan hidup anda yang mungkin boleh tentukan sama anda dia sesuai atau tidak dengan anda. Jangan abaikan kepentingan soalan-soalan ini kalau anda tak nak menyesal di kemudian hari nanti.

1. Di mana kita akan tinggal selepas kahwin nanti?

Ramai orang anggap ini tak penting. Selagi belum mampu, apa salahnya tinggal dengan keluarga, kan? Tapi realitinya, banyak masalah lain pula yang akan datang bila anda tinggal serumah dengan keluarga – sama ada keluarga sendiri atau keluarga mertua. Kita semua kan individu yang berlainan jadi ada masanya anda akan rasa tak selesa, dan ada masanya keluarga anda yang rasa tak selesa. Lebih baik tinggal berjauhan tapi saling sayang dan rindu daripada tinggal serumah tapi asyik terasa hati saja!

2. Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak itu nanti?

Anak memang tanggungjawab bersama, jadi sama-sama kena jaga. Maksud sebenar soalan ini adalah adakah anda akan hantar anak kepada pengasuh atau ibu bapa? Kalau ibu bapa, ibu bapa anda atau ibu bapa pasangan anda? Sanggupkah mereka? Cukup sihatkah mereka? Kalau bukan, adakah si dia harap anda akan berhenti kerja satu hari nanti demi membesarkan keluarga? Sanggupkan anda lepaskan cita-cita, gaji dan karier anda? Semua ini kena fikirkan dan persetujui dari awal!

3. Bagaimana kita akan uruskan perbelanjaan keluarga?

Dalam keluarga Islam, tanggungjawab kewangan adalah tanggungjawab suami. Tapi di zaman ini, tak semua lelaki punyai pendapat yang sama. Ada yang mengharapkan isteri sama-sama bekerja untuk bantu tanggung belanja isi rumah selagi pendapatan suami belum cukup. Ada yang berpendapat, isteri memang patut tanggung belanja bersama sebab isteri pun bekerja macam suami jadi kena pandai berdikari. Dan ada pula isteri yang berlebihan dalam meletakkan tanggungjawab itu pada suami sampai membebankan suami dengan perabot mahal, baju raya 7 pasang, makan di restoran mewah dan sebagainya. Bincang sampai capai kata sepakat ya!

4. Apa tanggungjawab seorang suami, dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?

Sama macam 2 soalan sebelum ini, yang ini pun boleh certuskan pergaduhan kalau tak dibincangkan di peringkat awal. Cuba bayangkan kalau anda berdua hanya asyik bercinta dan berangan saja. Selepas kahwin, baru anda tahu yang isteri anda sejenis pemalas nak masak dan sebenarnya dia harapkan anda yang akan selalu beli sebab pada dia, menyediakan makanan adalah tanggungjawab suami. Bila baru kahwin memang semuanya nampak indah dan semua masalah jadi kecil, tapi selepas kahwin 10 tahun dan anda sering bergaduh, perkara sekecil inilah yang akan selalu diungkitkan. Hati-hati ya!

5. Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan kita?

Ramai orang akan kata ‘suami kan ketua keluarga…’, tapi lama-lama bergaduh sebab suami selalu guna kuasa veto dan isteri rasa dirinya tak penting pun sebab pendapatnya tak pernah membawa apa-apa kesan pada suami. Dalam hidup berumah tangga, suami dan isteri perlu saling menghormati. Suami ketua keluarga sebab lelaki selalunya kurang emosi. Tapi suami yang bijak perlu tahu kawal emosi isteri dan buat isteri rasa dihargai.

6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?

Jangan hanyut dengan angan-angan bila tanya soalan ini nanti. Hakikatnya, ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka – sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Seolah antarabangsa atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik tapi ada juga yang yang rasa sekolah biasa pun dah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.

7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?

Kalau dah cinta, selalunya tak apa. Tapi sebelum anda berjanji setia, fikirkan dulu realitinya. Kalau si dia ada penyakit yang tak dapat disembuhkan, sanggupkah anda menjaganya sampai bila-bila? Kalau sakit kronik, sanggup bangun tengah malam untuk lap-kan muntahnya? Sanggup sentiasa berjaga untuk bawa dia ke hospital? Sanggup bekerja seorang diri demi tanggung kos perubatan si dia? Kalau anda dah fikirkan sedalam-dalamnya dan anda rasa sanggup, nah, silakan. Tapi perbincangan awal itu tetap perlu supaya anda tak menyesal dan tak timbul isu lain di kemudian hari.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UGvLDs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.