Microsoft Edge Baru Berasaskan Chromium Bakal Hadir Dengan Mod Internet Explorer
Microsoft sebelum ini telah mengumumkan sejumlah perkara baru pada pelayar web mereka, termasuk peralihan ke enjin Chromium – lebih kurang sama seperti pada Chrome.
Terkini, pada acara Build 2019, Microsoft berkongsi lanjut berkenaan dengan pelayar web generasi baru mereka berkenaan. Ia masih pada peringkat pembangunan buat masa ini, tetapi telah sedia diuji ramai yang menggunakan Windows 10.
Salah satu ciri baru yang diperkenalkan Microsoft hari ini adalah sokongan mod Internet Explorer yang ditujukan untuk perusahaan IT yang masih menggunakan aplikasi berasaskan web versi lama.
Hal ini sekaligus semestinya mengembirakan ramai pengguna – terutamanya pengguna perusahaan yang tidak perlu risau dengan perkembangan era pelayar web moden masa kini.
Selain daripada itu, Microsoft Edge juga turut akan menyertakan sokongan “Collections” yang membolehkan anda berkongsi koleksi tab yang disimpan anda bersama pengguna lain dengan mudah. Ciri ini dilihat lebih ditujukan kepada para pelajar dan pengkaji yang boleh berkongsi hasil kajian di web dengan pihak lain.
Microsoft buat masa ini masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi pelayar web Microsoft Edge berasaskan Chromium ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V4eTBK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment