Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 7 Pro Bakal Mempunyai Pilihan Warna ‘Almond’ – Mungkin Pengganti Kepada ‘Soft Gold’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 7 Pro Bakal Mempunyai Pilihan Warna ‘Almond’ – Mungkin Pengganti Kepada ‘Soft Gold’?

OnePlus adalah satu syarikat pengeluar peranti dari China. Namun strategi mereka kini dilihat langsung tidak sama dengan syarikat-syarikat dari China yang lain. Contoh, Oppo/Huawei/Vivo yang kerap melancarkan banyak telefon pintar dan banyak pilihan warna – OnePlus hanya fokus kepada peranti mercu dan mempunyai pilihan warna yang terhad.

Terkini, satu warna baharu buat OnePlus 7 Pro telah tertiris. Ia adalah ‘Almond‘ dan warnanya adalah seakan warna emas yang lembut. Warna Almond ini turut mengimbau kembali zaman OnePlus 3 hingga OnePlus 5 yang mempunyai pilihan warna ‘Soft Gold‘. Secara jujur, buat pertama kalinya warna ‘Almond’ yang seakan emas lembut ini kelihatan sangat cantik dan unik. Ini mungkin kerana sejak OnePlus 5T sehingga OnePlus 6/6T sudah tiada warna seperti ini, jadi ia nampak sedikit berbeza.

Harapnya pengedar di Malaysia kelak boleh membawa masuk kesemua variasi OnePlus 7 dan kesemua pilihan warna. Setakat ini sudah ada tiga pilihan warna, Mirror Grey, Nebula Blue dan yang terbaru Almond. OnePlus 7 Pro akan dijana dengan cip pemproses Sna[dragon 855, mempunyai sistem kamera swafoto pop-naik, skrin QHD+ 90Hz dengan sokongan HDR10+ dan juga mempunyai ketahanan air tanpa pensijilan IP.

Harga rasmi masih tiada lagi, namun OnePlus 7 Pro mungkin akan dijual pada harga yang sangat premium dan mahal.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2POVUKI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.