Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Seru-Pandu Go-Jek Dari Indonesia Dilaporkan Berminat Memasuki Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Seru-Pandu Go-Jek Dari Indonesia Dilaporkan Berminat Memasuki Malaysia

Dalam arena perkhidmatan seru-pandu di rantau Asia Tenggara, selain daripada Grab, satu lagi perkhidmatan yang popular adalah Go-Jek. Ia berasal dari Indonesia, dan tahun ini mereka turut telah melebarkan penawaran ke Thailand dan juga Vietnam.

Go-Jek popular dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu berasaskan kepada motosikal, selain turut menawarkan perkhidmatan seru-pandu berasaskan kereta, selain perkhidmatan lain seperti tempahan makanan dan sebagainya.

Gojek

Melalui laporan MalayMail, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihak Go-Jek telah bertemu beliau sekitar sebulan yang lepas, dan menyatakan minat untuk memasuki pasaran Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Go-Jek akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat atau mungkin mengambil masa yang lama lagi.

Kerajaan telah pun menetapkan peraturan untuk perkhidmatan seru-pandu yang akan mula dikuat-kuasakan bermula bulan Julai kelak. Namun, masih tiada perancangan untuk perkhidmatan seru-pandu berasaskan motosikal buat masa ini.

Sekiranya Go-Jek memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat, semestinya ia akan memberikan persaingan sihat kepada Grab, selain pada masa yang sama akan menguntungkan para pengguna perkhidmatan seru-pandu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Hsi7fa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.