Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Merancang Untuk Memindahkan Pengilangan Produk Ke Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Merancang Untuk Memindahkan Pengilangan Produk Ke Malaysia

Sebelum ini kami melaporkan Foxconn telah bersedia untuk memindahkan pengeluaran produk Apple keluar dari China jika diperlukan. Ini adalah bagi mengelakkan kadar tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas produk yang diimport masuk dari negara tersebut. Pagi ini Nikkei Asian Review melaporkan Apple juga telah bersedia untuk memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China dengan Malaysia antara negara yang sedang dipertimbangkan.

Menurut sumber Nikkei, wakil Apple telah mula berbincang dengan pembekal komponen untuk memindahkan 15-30% kapasiti pengilangan peranti keluar dari China. Apple akan tetap memindahkan pengeluaran ini tidak mengira jika tarif dikenakan oleh A.S ataupun tidak. Selain Malaysia negara lain yang dipertimbangkan sebagai lokasi pengilangan baru ialah Mexico, Indonesia, India dan Vietnam. Pada waktu ini pengilangan produk khusus untuk pasaran India telahpun dilakukan di India.

Sekiranya Malaysia terpilih, ini tidak bermakna harga jualan produk Apple di negara kita akan berkurangan kerana ia dihasilkan untuk pasaran A.S. Sebelum ini Google telahpun memindahkan pengilangan produk Nest mereka ke Malaysia atas sebab mengelakkan tarif yang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Rpohjc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.