Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telekom Malaysia Diminta Serah Laporan Langkah Mengatasi Masalah Streamyx Dalam Tempoh Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telekom Malaysia Diminta Serah Laporan Langkah Mengatasi Masalah Streamyx Dalam Tempoh Sebulan

Masalah berkaitan dengan Streamyx bukan sesuatu yang baru, dimana ramai yang mengadu harganya agak mahal berbanding penawaran Unifi yang lebih laju. TM sendiri sebelum ini telah mengatakan mereka mengatasi masalah berkenaan dengan menawarkan naik-taraf secara percuma kepada pelanggan dikawasan Unifi – namun tidak semua pengguna Streamyx dikawasan berkaitan.

Lanjutan daripadanya, kini Gobind Singh Deo meminta TM menyerahkan laporan berkenaan langkah mengatasi masalah Streamyx kepada beliau dalam tempoh sebulan.

Bercakap lanjut mengenai Streamyx, ia dilaporkan pelanggan perkhidmatan Streamyx asal setakat tahun lepas adalah 1.27 juta orang, dan daripadanya, kira-kira 266,000 orang telah beralih ke Unifi. Pelanggan lain sebelum ini turut telah dijanjikan untuk naik-taraf kepada Unifi sehingga 30Mbps atau kepada Streamyx 8Mbps.

Apa pun, paling banyak aduan yang diterima berkaitan Streamyx sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan harganya yang tidak selari dengan harga penawaran Unifi untuk kelajuan berkali ganda lebih laju.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan laporan lanjut berkenaan pengguna Streamyx ini dalam tempoh sebulan akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2KtpYLU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.