Hi! Welcome Back and Stay Tune! iQiyi Ingin Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Video Ke Luar China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iQiyi Ingin Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Video Ke Luar China

Di China tiada perkhidmatan Netflix kerana mereka mempunyai iQiyi yang turut menawarkan penstriman filem dan siri TV. Menurut laporan Reuters, iQiyi kini mempunyai perancangan untuk menawarkan perkhidmatan mereka ke luar dari China kerana melihat permintaan yang tinggi untuk video berbahasa mandarin.

Pengumuman dilakukan oleh, Yang Xianghua, yang merupakan presiden bahagian langganan dan perniagaan antarabangsa iQiyi, Antara negara sasaran iQiyi ialah  Amerika Utara, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Sebelum ini kandungan iQiyi ditawarkan pada platfrom Netflix untuk pengguna di luar China. Namun begitu kontrak di antara kedua-dua platform telah tamat pada September 2018.

Langkah yang diambil iQiyi ini tidak mengejutkan kerana pada tahun 2018, perkhidmatan penstriman mencatatkan 613.3 juta langganan di peringkat global. Buat pertama kali perkhidmatan penstriman menjadi melangkaui pelanggan TV kabel dan satelit berbayar. Pada waktu ini iQiyi mempunyai 100 juta pelanggan berbayar. Malahan dua minggu lalu iQiyi menandatangani perjanjian dengan Astro untuk menawarkan kandungan eksklusif pada perkhidmatan Astro Go.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FFyweA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.