Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jemaah Haji, Pelajar Akan Terbabit Jika Kojadi Perlu Pulang RM15 Juta Diberi Yayasan 1MDB, Kata Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jemaah Haji, Pelajar Akan Terbabit Jika Kojadi Perlu Pulang RM15 Juta Diberi Yayasan 1MDB, Kata Najib

(FMT) – Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pelbagai pihak akan terlibat sekiranya koperasi milik MCA, Koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) terpaksa memulangkan dana RM15 juta yang diterima daripada Yayasan 1MDB.
Najib berkata, Kojadi yang menyediakan kemudahan mikro-kredit kepada anggotanya hanya menerima wang Yayasan 1MDB dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan wang daripada akaun Ambank yang kini disiasat pihak berkuasa.
“Dana Yayasan 1MDB disumbang oleh 1MDB dan penderma korporat lain. Wang itu disumbang terus daripada Yayasan 1MDB dan tidak ada kena-mengena dengan akaun bank saya.
“Sehingga kini, SPRM tidak tuntut Kojadi mengembalikan geran. Jika Kojadi terpaksa memulangkan dana RM15 juta, maka penerima lain juga terpaksa mengembalikan bantuan mereka daripada Yayasan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Wee Ka Siong susulan pertikaian tentang Kojadi berhubung dana diterima koperasi itu daripada 1MDB.
Dalam laporannya, Lee mahu polis meneliti aduan pengerusi Kojadi, Ng Peng Hay, yang menyatakan beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dana RM15 juta yang diperoleh koperasi milik MCA itu daripada 1MDB pada 2012.
Najib berkata, antara pihak akan terkesan adalah 57,000 pemandu teksi yang menerima subsidi tayar bernilai RM520 setahun melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang dibiayai Yayasan 1MDB.
Bahkan katanya, ribuan penerima geran pendidikan kepada pelajar terpilih seperti geran Akademik Jabatan Perkhidmatan Awam, Dana PIBG dan Geran Akademik Jabatan Agama Islam Malaysia turut terkesan.
“Selain itu, ribuan penerima program Nadi Kasih yang digunakan untuk membaiki dan membaik pulih rumah usang golongan miskin, selain 5,711 jemaah yang menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.
“Penerima program Ihsan Samudera yang memberi bantuan kepada 55,574 nelayan melalui Persatuan Nelayan dalam bentuk bot, pukat, enjin bot dan jaket keselamatan turut bakal terkesan,” katanya.
Najib berkata, sekiranya dana daripada agensi kerajaan yang disumbang sebagai bantuan dianggap sebagai wang haram, maka keseluruhan penerima bantuan seperti penerima BR1M perlu kembalikan wang mereka kepada kerajaan.
“Ia bukan seperti bayaran RM305 juta kepada syarikat 100% milik swasta untuk membuat laporan terowong misteri Pulau Pinang yang tak siap selepas 6 tahun,” kataya, merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada Consortium Zenith untuk kajian kebolehlaksanaan terowong bawah laut Pulau Pinang.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) suka membuat kerja tidak masuk akal demi melanjutkan propaganda politik mereka,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YhOL97

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.