Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Terbaru 2019+Gambar] Ini Cara Daftar Bank Islam Online - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Terbaru 2019+Gambar] Ini Cara Daftar Bank Islam Online

Ingin tahu cara mendaftar Bank Islam secara online 2019 ? Ini langkah-langahnya.

Dengan mempunyai akaun Bank Islam secara online, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi.

Syarat-syarat untuk layak mendaftar Bank Islam Online:

  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
  • Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
  • Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit

Berikut merupakan cara terkini langkah demi langkah bergambar cara daftar bank islam secara online:

  1. Pergi ke laman web Bank Islam iaitu : bankislam.biz. Sila rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas:

2. Kemudian klik “FIRST TIME USER”. Sila rujuk gambar dibawah:

Anda kemudian akan dibawa ke halaman berikutnya seperti dalam langkah 3.

3. Sila baca “term and condition” kemudian tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. Selepas itu klik butang “Continue”. Sila rujuk gambar berikut:

4.  Anda kemudian dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:

Sila klik butang “Continue”.

5.  Pada paparan ini, anda diminta untuk memasukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN KAD ATM/DEBIT anda.

  • ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda (Contoh: 4799689000008888
  • ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)

Selesai sahaja memasukkan kedua-dua item diatas, sila klik butang “Continue”

Bagi anda yang keliru apakah nombor 16 digit ATM/Kad Debit, gambar berikut mungkin membantu:

6. Anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:

Sila isi maklumat berikut:

  • Customer Name: Nama Penuh Anda ( Contoh: Ali Bin Abu
  • IC/ID: No Kad Pengenalan anda ( 841210124778 )
  • User ID: Apa-apa ID yang sesuai senang di ingat ( Contoh: gagakhitam88 )
  • Password: Kata laluan perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Confirm password: Masukkan sekali lagi password tadi untuk pengesahan.
  • E-Mail: Masukkan email anda (pastikan email yang selalu anda gunakan)
  • Mobile Number: Masukkan no. telefon anda ( Contoh: 60     198834780) -masukkan “60” pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.

Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem

Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.

Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat.

Contoh Secret Question: What is your first car model ?

Contoh Secret Answer: Kia Spectra

Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.

7. Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.

8. Sila periksa telefon anda. Anda akan menerims SMS dari pihak bank islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit untuk IAC berjaya.

Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.

Penting ! : Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda masukkan tadi semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.

The post [Terbaru 2019+Gambar] Ini Cara Daftar Bank Islam Online appeared first on InfoSantai.



✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2wKuJrP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.