Waze Menerima Sokongan Google Assistant Secara Terbina
Beberapa hari yang lalu pasti ramai di kalangan pembaca Amanz yang terperangkap di atas lebuhraya dalam perjalanan pulang dari kampung halaman. Kami juga yakin ramai mencari jalan alternatif untuk pulang ke kota menggunakan aplikasi seperti Waze. Hari ini Google mengumumkan sokongan Google Assistant secara terbina pada aplikasi navigasi popular ini.
Assistant boleh diakses untuk memberikan arahan suara untuk melaporkan kesesakan trafik (tanpa menekan butang laporan manual) dan juga memberikan arahan menggunakan laluan tanpa tol. Sokongan Assistant buat masa ini hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan Bahasa Inggeris sahaja terlebih dahulu. Menurut Google dengan ini pengguna masih boleh melihat skrin Waze ketika memandu tanpa perlu keluar semata-mata untuk menggunakan Assistant.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ICaTED
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment